13/06/2024
TIPS MENGGUNAKAN SEMULA BALANG PLASTIK DI RUMAH🏠
Plastik telah menjadi item penting dalam kehidupan harian kita, terutama sebagai balang atau bekas yang sering digunakan untuk menyimpan pelbagai barang. Tetapi, jika penggunaan plastik tidak terkawal, ia boleh menyebabkan masalah alam sekitar yang serius, seperti pencemaran dan penambahan sampah di tapak pelupusan. Oleh itu, kita perlu mencari cara kreatif dan efisien untuk mengguna semula balang plastik di rumah💡
Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk guna semula balang plastik:
♻️ Bekas Simpanan Makanan: Simpan makanan kering seperti bijirin, pasta, kacang🥜 atau rempah.
♻️ Penanam Tumbuhan: Balang plastik boleh dijadikan pasu untuk menanam herba kecil atau bunga hiasan🪴
♻️ Bekas Perkakas Dapur: Simpan peralatan dapur seperti sudu, garfu, dan pisau🍴
♻️ Bekas Jahitan: Simpan benang, jarum, dan butang dalam balang🧵🪡
♻️ Tabung : Gunakan balang untuk menyimpan syiling 🪙
Haa menarik kan. Jom guna semula balang-balang plastik anda dengan cara yang betul. Pastikan anda ikuti FB page kami untuk dapatkan lebih banyak idea yang kreatif dan inovatif.
https://www.facebook.com/bipiscrunchy