Malaysia Mamak Group

Malaysia Mamak Group Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Mamak Group, Food stall, George Town.

23/09/2022

Resepi Mee Kari Nyonya

Jom buat untuk minum petang.

Bahan kisar:
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 sudu makan cili boh (nak pedas boleh tambah)
2 sudu makan udang kering
3 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
2 inci belacan (kalau s**a rasa belacan boleh tambah)

Bahan untuk kuah:
* Bahan kisar tadi
1 ekor ayam potong kecil
Fish cake
Fish ball
2 pek tauhu pok
3 batang daun kari
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji cengkih
6 biji buah pelaga
4 paket kecil rempah Kari ayam bancuh dengan air (saya guna Baba's 1 yang pedas 3 biasa)
2 ketol kiub ayam
Air lebih kurang 2.5 liter (boleh kurangkn atau lebihkan ikut kes**aan masing-masing)
1 1/2 cawan Santan (kalau s**a kuah yang lebih lemak boleh tambah)
1 sudu makan asam jawa
Garam
Gula
Cukup rasa Maggie

Bahan pelengkap:
Mee kuning/horr fun
Kacang panjang (celur dengan air panas)
Tauge
Telor
Bawang goreng

Cara-Cara:
1.Tumis 4 sekawan dengan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
3. Masukkan rempah Kari. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, biar mesra dengan rempah tadi.
5. Tambahkan air, biar mendidih dan masukkan bahan perasa.
6. Masukkan fishball, fishcake dan tauhu pok (kalau s**a nak masak dengan sayur sekli boleh masukkan kacang panjang)
7. Biarkan mereneh sekejap dan siapp.

Bahan cili oil.
Cili kering (ikut s**a nak banyak mana. Kalau s**a pedas guna cili lebih atau yang pedas. Saya buat segenggam)*
1 sudu makan udang kering*
1 inci belacan*
Bahan perasa
Minyak (letak banyak sikit)

Cara-Cara:
Blend bahan *tumis dan masukkan bahan perasa. Masak sampai pecah minyak.

Kredit : Sue Razak

23/09/2022

RESEPI KUIH BINGKA UBI
Bahan-Bahan :

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus s**at 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda s**a....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.

Kredit : mohd shah

Penang sweetnam pear
10/09/2022

Penang sweetnam pear

22/08/2022

Nasihat seorang ayah untuk anaknya

18/09/2021

Assalamualaikum

Address

George Town
11600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Mamak Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category