Akademi Ticer Sue

Akademi Ticer Sue ATS ADALAH SEBUAH AKADEMI MEMASAK PERTAMA DI MALAYSIA DAN BERJAYA MELAHIRKAN RIBUAN USAHAWAN

Sekilas Bersama Ticer Sue :

Lebih mesra dikenali dengan panggilan Ticer Sue dikalangan pelajarnya. Ticer Sue telah pun melibatkan diri dalam bidang Pengendalian Produk Makanan selama lebih 15 tahun sejak dari bangku sekolah lagi. Berbekalkan Sijil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam bidang Pemasaran dan pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di sebuah Universiti tempatan,Ticer Sue lebih

cenderung dan mempunyai minat yang mendalam pada bidang produk makanan. Disamping mewarisi perniagaan keluarga,Ticer Sue telah menubuhkan syarikat sendiri yang memfokuskan pada bidang pembelajaran menyediakan produk makanan. Dalam matlamat berkongsi pengalaman dan menbantu mewujudkan satu komuniti usahawan produk makanan,secara tak langsung Ticer Sue telah membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga dan melahirkan ramai usahawan berjaya. Kini, ramai golongan yang termasuk wanita,peniaga kecilan dan juga usahawan yang telah mengikuti program yang dijalankan oleh Ticer Sue untuk menjana pendapatan dan meningkatkan jualan. Lebih 20 Kelas PJJ Online tersedia dan mempunyai lebih 10,000 pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini.

Pagi-pagi kalau tak tau nak sarapan apa boleh buat smoothie ni.Senang jeDragon fruit sebijiKurma 3 biji (ambil isi saja)...
02/09/2026

Pagi-pagi kalau tak tau nak sarapan apa boleh buat smoothie ni.

Senang je
Dragon fruit sebiji
Kurma 3 biji (ambil isi saja)
4 sudu besar rolled oat rendam air panas 10 minit. Toskan. Kalau tak ada. Apa² pun boleh.
Susu apa² pun boleh.
Yogurt (kalau nak)

Blend semua. Minum. Kenyang sampai tengahari.

Sihat pun sihat.

Kredit : CikUjie

Harini nasi ayam lagi. Sama jugak mcm haritu buat ringkas² je.1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & ...
01/09/2026

Harini nasi ayam lagi. Sama jugak mcm haritu buat ringkas² je.

1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & utk tanak nasi.

2. Planta, bawang putih & halia ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip kalau x s**a.

3. Beras yg kita dah cuci dan tos tadi, masukkan dalam bahan tumis, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya utk tanak nasi.

4. Untuk ayam putih tu, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.

5. Untuk ayam kicap mcm biasa ade 2 versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.

6. Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras p**ak.

7. Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing².

Kredit: Owner

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾31 Ogos 2026Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh...
31/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾
31 Ogos 2026
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh perpaduan dan membawa Malaysia terus maju, aman dan makmur. ❤️🇲🇾
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili PadiTips Masak Lomak Tolo Itik tak berselerak dalam kuah lomak. Rebus terlebih dahulu...
30/08/2026

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Padi

Tips Masak Lomak Tolo Itik tak berselerak dalam kuah lomak.

Rebus terlebih dahulu dalam air yang dicampur 2 sudu Cuka. (Mr.Melting Guna Cuka Epal)

Bahan-Bahan :
4 biji telur itik
3 inci kunyit hidup
4 biji cili padi
Seganggam pucuk labu - dihiris
3 helai daun kunyit - dihiris
5-6 biji belimbing buloh
Santan secukupnya

Cara masak :
Tumbuk lumat cili dan kunyit
campurkan bersama Santan reneh sebentar dan masukkan bahan yang dihiris.

Masukkan telur yang siap direbus tadi dan masukkan belimbing. Siap.

Selamat mencuba.

Kredit : Muhammad Khairul

🇲🇾🔥 BELI PJJ MEE KUAH KLATE & MEE GORENG TALAM RM25 → LAYAK DAPAT HARGA MERDEKA UNTUK 56 KELAS PJJ! 🔥 Jam 3pm-8pm sahaja...
27/08/2026

🇲🇾🔥 BELI PJJ MEE KUAH KLATE & MEE GORENG TALAM RM25 → LAYAK DAPAT HARGA MERDEKA UNTUK 56 KELAS PJJ! 🔥
Jam 3pm-8pm sahaja
Jangan lepaskan peluang keemasan hari ini
27082026(Khamis)
Khas masuk group wasap sahaja dapat info okey.
Admin 019-963 0568

Singgang Ikan Cara Mak SayaCara mak saya masak singgang ikan selar.Sedap hirup kuah dia panas2, lawan p**a dengan sambal...
27/08/2026

Singgang Ikan Cara Mak Saya

Cara mak saya masak singgang ikan selar.
Sedap hirup kuah dia panas2, lawan p**a dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Fuhh betambah nasi sampai bepeluh-peluh dibuatnya!

Bahan-bahan :
Dua ekor ikan selar belah dua
Garam secukupnya
Perahan Air asam jawa
Air agak2
1biji bwg merah saiz besar hiris
2 ulas bwg putih hiris
Serai diketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (optional)
Cili merah dan cili padi (optional)

Cara masak :
Campur semua bahan-bahan , kemudian didihkan dengan api perlahan selama 20 minit, siap!

Selamat mencuba!



Kredit : Nana Sabrina Sarsan

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 😍

Roti keping
25/08/2026

Roti keping

Laksa Penang memang terkenal dengan kuahnya yang pekat, kaya dengan isi ikan dan harum dengan aroma daun kesum. Setiap s...
24/08/2026

Laksa Penang memang terkenal dengan kuahnya yang pekat, kaya dengan isi ikan dan harum dengan aroma daun kesum. Setiap suapan terasa lebih lengkap apabila digandingkan dengan timun, bawang merah, telur rebus dan sedikit perahan limau. Memang cukup membuka selera! 😋

🍜 Resepi Laksa Penang

🛒 Bahan-bahan

Bahan Kuah

500g isi ikan kembung atau ikan selayang (direbus dan dikisar halus)

1 liter air

2 batang serai (dititik)

1 keping asam keping

1 sudu kecil belacan (dibakar)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering (direndam)

5–6 tangkai cili merah

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu kecil jintan manis (disangai)

1 sudu kecil jintan putih (disangai)

Bahan Pelengkap

Mee laksa (dicelur)

Timun (dihiris halus)

Bawang merah (dihiris)

Daun kesum

Telur rebus

Nanas (dihiris)

Cili merah (dihiris)

Limau nipis

Sambal Petis (Pilihan)

3 sudu besar petis udang

1 ulas bawang putih (dicincang)

3 tangkai cili kering (dikisar)

Sedikit air asam jawa

👩‍🍳 Cara Memasak

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan serai, asam keping dan belacan. Tumis seketika hingga sebati.

3. Masukkan isi ikan yang telah dikisar dan kacau rata sehingga sedikit kering.

4. Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih. Perlahankan api dan reneh selama 20–30 minit sehingga kuah menjadi pekat.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Jika mahu menggunakan sambal petis, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan petis udang. Tambahkan sedikit air asam jawa dan masak hingga pekat.

🍽️ Cara Menghidang

1. Masukkan mee laksa ke dalam mangkuk.

2. Curahkan kuah laksa yang panas.

3. Hiaskan dengan timun, bawang merah, daun kesum, nanas, telur rebus dan cili merah.

4. Tambahkan sambal petis mengikut cita rasa dan perahkan sedikit limau nipis sebelum dihidangkan.

💡 Tip: Kuah laksa akan menjadi lebih sedap jika dibiarkan mereneh lebih lama supaya rasa ikan, rempah dan daun kesum benar-benar sebati.

👇 Korang Team Laksa Penang Letak Petis 😍 atau Team Tanpa Petis 🤤? Kongsikan pilihan korang di ruangan komen!


Resepi Roti Jala LEMBUT dan ANTI GAGALoleh Chef Ashiqin SadikunBAHAN-BAHAN:❤️ 1 kg tepung gandum❤️ 4 biji telur❤️ 1/2 ti...
23/08/2026

Resepi Roti Jala LEMBUT dan ANTI GAGAL

oleh Chef Ashiqin Sadikun

BAHAN-BAHAN:

❤️ 1 kg tepung gandum
❤️ 4 biji telur
❤️ 1/2 tin susu cair
❤️ 4 tin air (guna tin susu sebagai s**atan)
❤️ 5 sudu besar minyak masak
❤️ 1 sudu kecil garam
👉 Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan dalam satu bekas.
2. Kacau atau kisar hingga adunan sebati dan halus.
(Tip: Masukkan adunan dalam blender secara
berperingkat supaya mudah kisar.)
3. Panaskan kuali non-stick.
4. Sapukan sedikit minyak untuk roti jala pertama sahaja.
5. Tuang adunan menggunakan acuan roti jala dan jala atas kuali.
6. Masak hingga masak (tak perlu terbalik).
7. Angkat dan lipat seperti biasa

TIP TAMBAHAN :

👉 Kalau nak lagi lembut, tapis adunan lepas blend

👉 Pastikan adunan tak terlalu pekat (kalau pekat tambah sikit air)

👉 Api sederhana je, jangan kuat nanti keras

Address

NO 35 Jalan DES BAIDURI 3
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Ticer Sue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share