Sambal Kak Mah

Sambal Kak Mah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sambal Kak Mah, Food Delivery Service, 49 Persiaran Wirajaya Barat 58, Taman Rapat Setia Baru, Ipoh.

🌙 Ramadan Kareem: Rebut Berkah, Sucikan Jiwa! 🌙AYUH! Manfaatkan Ramadan ini untuk perubahan diri yang lebih baik. Jadika...
18/02/2026

🌙 Ramadan Kareem: Rebut Berkah, Sucikan Jiwa! 🌙

AYUH! Manfaatkan Ramadan ini untuk perubahan diri yang lebih baik. Jadikan ia madrasah rohani kita!

Lama juga tak sembang pasal produk saya, Sambal Kak Mah. Hari ni nak cerita lebih sikit tentang Sambal Totok Kantan. Pad...
31/01/2026

Lama juga tak sembang pasal produk saya, Sambal Kak Mah. Hari ni nak cerita lebih sikit tentang Sambal Totok Kantan.

Pada awalnya saya hanya buat Sambal Totok. Resepi Jawa yang saya ubahsuai untuk komersial. Sambal ni banyak ikan bilis. Bahannya macam sambal bilis tapi yang berbezanya hanya cili. Sambal bilis nasi lemak menggunakan cili kering. Sambal Totok menggunakan cili api. Jadi kiranya, bolehlah digunakan sebagai sambal nasi lemak bagi yang s**a pedas. Sebab Sambal Totok & Sambal Totok Kantan , saya buat pedas. Khusus untuk yang makan pedas.

Sambal Totok Kantan p**a terhasil apabila pokok kantan yang saya tanam sentiasa berbunga. Bukan sikit-sikit. 7-10 kuntum ada hampir sepanjang masa. Puas hati buat dengan kantan yang ‘fresh’ dari kebun. Kini saya menanam semula kantan di tempat baru. Baru 2 kuntum bunganya tapi dah mula nampak yang baru keluar dalam 3 kuntum lagi. Alhamdulillah. Jadi, Sambal Totok Kantan ni patut dicuba oleh penggemar kantan. Message atau pm aje saya.😊

Jangan tunggu lagiii🤗

Inilah bendi yang ditanam di rumah saya. Berbaloi menanamnya. Dapat di kutip dalam 2,3 atau 4 biji sehari buat masa ni. ...
15/08/2025

Inilah bendi yang ditanam di rumah saya. Berbaloi menanamnya. Dapat di kutip dalam 2,3 atau 4 biji sehari buat masa ni. Buahnya manis dan rangup. Memang sedap. Saya rekomen benih bendi ni.

Letak aje dalam apa-apa lauk berkuah atau goreng letak udang/ikan bilis dengan kicap pun sangat sedap.

Jangan lupa untuk melawat TT saya dan beli Sambal Kak Mah.

https://vt.tiktok.com/ZSSEe5AbC/

Like , share dan follow ya.

Terima kasih🙏

Singgang tulang dipadankan dengan tumis petai dan ikan rebus goreng. Terpaling kata orang… makan tak hengat dah… nikmatn...
28/07/2025

Singgang tulang dipadankan dengan tumis petai dan ikan rebus goreng. Terpaling kata orang… makan tak hengat dah… nikmatnya gabungan yang padu☺️😊 Jarang sekali dapat buat gabungan ni. Maka terlebih apresisasinya😁

Bila ada lebihan, kita buat p**ak nasi goreng petai cendawan. Pun, sedap senghoti…☺️☺️☺️

Sila cuba untuk nikmati kesedapan gabungan ini🤗

Jangan lupa jenguk, like dan share fb Sambal Kak Mah dan juga Tik Tok di link di bawah

https://vt.tiktok.com/ZSS2nHHfQ/

Terima kasih🥰

Masak sambal tempe bilis dengan menggunakan ibu sambal homemade. Mudah, cepat…. tapi tetap sedaap😋 Masih berbaki 3 balan...
25/06/2025

Masak sambal tempe bilis dengan menggunakan ibu sambal homemade. Mudah, cepat…. tapi tetap sedaap😋 Masih berbaki 3 balang jika ada yang mahu.🤗

Masak lemak cili api pucuk ubi bersama udang juga sodap. Pucuk ubinya dari hasil tanaman sendiri. Alhamdulillah.

Masak dengan penuh kasih sayang. Moga ia mempertautkan hati-hati. Nak tahu masakan apa bagi setiap gambar, boleh komen.S...
18/06/2025

Masak dengan penuh kasih sayang. Moga ia mempertautkan hati-hati. Nak tahu masakan apa bagi setiap gambar, boleh komen.

Sila like dan share ya🤗
Terima kasih.🌷🌷🌷

Minggu ni punya menu untuk ahli rumah. Main campak-campak aje. Buat mana yang senang tapi berkhasiat.Puding roti dibuat ...
15/01/2025

Minggu ni punya menu untuk ahli rumah. Main campak-campak aje. Buat mana yang senang tapi berkhasiat.

Puding roti dibuat dari santan, gula melaka ori dan telor. Alhamdulillah rasanya sesuai dengan selera.

Boleh message untuk tempahan Sambal Kak Mah.

Jenguk-jenguk lah Sambal Kak Mah di tiek tock juga ya. Terima kasih🙏

Dah lama tak jenguk sini. Tak berkesempatan atas macam-macam urusan.Hari ni kita share sikit gulai nasi belauk Kelantan ...
31/12/2024

Dah lama tak jenguk sini. Tak berkesempatan atas macam-macam urusan.

Hari ni kita share sikit gulai nasi belauk Kelantan yang ditambah tempe dan terung.. senang satu lauk ada macam-macam khasiat.🥰

Kue tiaw goreng untuk makan malam beberapa hari lepas.

Udang harimau dari Sabah dimasak garlic butter aje. Senang dan cepat, tapi lazat. Buat makan malam 2 hari lepas.

Alhamdulillah atas rezeki Allah.

Jangan lupa melawat dan ‘shopping’ di TT Retailtrain ya. Tengah ada offer free delivery.

Boleh share & like ya.
Terima kasih semua🤗🙏

Semalam buatkan ikan masak cili ala thai memandangkan banyak daun ketumbar di rumah. Yang tinggal boleh dibuat biryani.😊...
20/11/2024

Semalam buatkan ikan masak cili ala thai memandangkan banyak daun ketumbar di rumah. Yang tinggal boleh dibuat biryani.😊

Maka inilah kejadiannya. Sos yang dah ditambah cili api di letak siap-siap atas ikan tapi yang tidak pedas diletak dalam mangkuk dan juga untuk bagi pilihah pada cucu-cucu yang tak nak segala daun dan bawang. Ternyata yang diceduk hanya sosnya yang kosong. Tak apalah. Asal mahu makan dan menikmati rasa sedap masakan nenek😉😉😉 Sedap menu. Boleh cuba😊

Jemput ke Shopee Retailtrain untuk dapatkan Sambal Kak Mah.

https://shopee.com.my/product/269268380/10237544667?smtt=0.269272074-1632724972.9

Dapatkan Sambal Kak Mah dengan ‘free delivery voucher’. Selalulah jenguk ya🤗

Dah lama nak masak gulai kunyit lengkuas(gulai nasi berlauk Kelantan , atau gulai nasi dagang Kelantan) udang harimau. P...
27/10/2024

Dah lama nak masak gulai kunyit lengkuas(gulai nasi berlauk Kelantan , atau gulai nasi dagang Kelantan) udang harimau. Puas hati dapat masak hari ni. Gu p**ak dengan sambal belacan limau kasturi dan ulam daun kemangi. Panggang ikan kembung dan ikan selar kuning kecil. Sempoi je hidang. Atas besi pemanggang aje sebab nak cepat. Ada urusan selepas makan

Sambil-sambil tu jemput pm untuk stok Sambal Kak Mah. Atau jenguk kat Shopee Retailtrain

https://shopee.com.my/product/269268380/10237544667?smtt=0.269272074-1632724972.9

Atau TT Retailtrain.

Address

49 Persiaran Wirajaya Barat 58, Taman Rapat Setia Baru
Ipoh
31350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sambal Kak Mah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sambal Kak Mah:

Share