08/01/2025
Tahun 2025 apa plan Mr Ayie Burgers?
Pada tahun 2023-2024 Mr Ayie Burgers telah mencapai 14 outlet burger sekitar ipoh dan mengajikan seramai 20 orang pekerja.
Syukur kepada Allah.
Terima kasih TEAM
Ini adalah satu pencapaian bagi saya dengan usaha keras bersama team untuk mencapainya. Bukan la mudah. Pelbagai ujian dan masalah diselesaikan dengan baik dari 0 hingga mempunyai sistem yang perniagaan yang betul.
Dengan memegang prinsip dan belajar ilmu berkaitan perniagaan menjadi teras utama kejayaan ini termasuk mengambil sedikit sebanyak pengalaman orang-orang berjaya dalam perniagaan. Antara satu resipi usaha ini adalah Plan / BUAT AJER dan TINDAKAN bukan cakap-cakap kosong .
Saya juga percaya dengan rezeki berniaga. (Luck)
Berbalik kepada apa plan Mr Ayie Burgers tahun 2025?
Saya mencari usahawan yang mahu meniru perniagaan burger saya dari 0 hingga berjaya.
Syarat mestilah mental yang kuat. Ada modal. Rajin. Mempunyai cita-cita. Tidak berkira masa. Sanggup berkorban masa dan segalanya .
Paling utama percaya.
Yang mahukan boleh hubungi saya dan datang berjumpa ( bukan banyak tanya ).
Kepada yang bukan ciri diatas jangan habiskan masa dan wang anda untuk cuba bisnes dengan saya.
Insya-Allah.