16/12/2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lanjutan dari isu yg berlaku dan viral baru2 ini. Merujuk kepada 'screenshot' di bawah dan satu kenyataan dari page media tersebut.
Di sini kami menafikan sekeras-keras kenyataan media tersebut di perenggan 1 dan 2. Kami tegaskan bahawa kami tidak pernah di saman atau dikenakan tindakan seperti yg tulis. Namun, kami akui tiada lesen yang diberikan oleh MBI untuk berniaga di situ. Tetapi, untuk menyatakan kami 'masih berdegil dan tetap meneruskan perniagaan' adalah tidak tepat dan berbaur fitnah. Tujuan kenyataan ini dikeluarkan adalah untuk menyangkal dakwaan tersebut dan supaya orang ramai tidak salah anggap terhadap kami.
Kami berharap penulis lebih peka dan jangalah semudahnya menuduh tanpa usul periksa. Fikirkan lah juga kesanya kepada orang lain. Kami harap page tersebut lebih bertanggugjawab dan peka akan hal ini. Kami faham setelah apa yang berlaku, ramai pihak terutama media akan mengambil peluang dan menyiarkan berita tersebut. Kami akur dan kami menerimanya dgn berlapang dada. Tetapi, biarlah ianya cerita yg sahih tanpa tokok tambah dan yang benar sahaja disiarkan.
Sehingga hari ini, kami sentiasa akur dan mengambil tindakan serta merta sekiranya pihak berkuasa menegur. Sejak awal perniagaan lagi, kami sedar yang kami hanya penjaja jalanan yang menumpang. Sebagai penjaja jalanan, kita harus faham yang kita hanyalah menumpang di mana2 tapak sekalipun. Sekiranya tiada teguran dari org awam dan pihak berkuasa, anggaplah ia ehsan dan tolak ansur dari mereka. Namun, jika ada teguran, terimalah dengan hati yang terbuka. Semestinya ada asas yang diambil kira sebelum mereka menegur. Semoga kesusahan yang berlaku digantikan Allah dengan yang lebih baik. Itulah yang kami pegang sehingga hari ini.
Terima kasih juga kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di atas segala keringat dan perhatian yang diberikan ke atas isu ini. Kami turut memohon maaf sekiranya ianya telah sedikit sebanyak membawa kesan yang tidak baik kepada pihak MBI. Kami faham akan peranan dan tugas pihak berkuasa dalam menangani isu yang berlaku. Lagi2 isu ini telah viral ke serata platform media sosial.
Janganlah kita menegak benang yang basah. Yang salah tetap salah. Di pihak kami, kami akur akan teguran orang ramai dan sebagai langkah awal cawangan tersebut telah ditutup sementara. InshaAllah setelah ada lokasi baharu yang lebih selamat, kami akan meneruskan kembali perniagaan. Semua yang berlaku kami anggap ada hikmahnya, semoga yang baik2 untuk kita semua. InshaAllah 🤲
Terima Kasih.
Hausaf Nasi Kukus (HNK)