Idrein cookies N gift

Idrein cookies N gift Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Idrein cookies N gift, Food stall, Ipoh.

Sape lebih s**a savoury desert dari sweet desert? Ckp mat saleh pulak....Ok boleh try Talam berlauk ni. Menarik...Resepi...
24/07/2022

Sape lebih s**a savoury desert dari sweet desert? Ckp mat saleh pulak....

Ok boleh try Talam berlauk ni. Menarik...

Resepi
TALAM BERLAUK
Inti Daging

2 cwn tepung gandum
6 sudu tepung jagung
200 ml cawan pekat ( Boleh juga guna santan kotak)
6 cwn air ( ni termasuk santan td)
2 biji telur
1/2 sudu garam

Cara-caranya:
Bancuh semua bahan dan kacau sampai rata...tapis masuk dlm talam 10x10 ..tinggal kan adunan sedikit dlm anggran 10 sudu ( ketepikan)

Adunan dlm talam kukus selama 20 minit...
Bila dah masak baru tabur bahan int/lauk di bwh yg dah dimasak

Bahan atas(lauk/inti)
300 gram daging kisar
Sebiji kentang ( dadu)
Bawang goreng
Lada hiris
Daun sup ( hiris)

Cara2
Tumis sedikit minyak
Mas**an daging/ kentang
Kemudian letak garam dan perasa
Kalau kering tambah sedikit air
Masak sampai kentang dan daging empuk
Dah siap tabur atas talam td.. Lepas br tabur bwg goreng, lada, dan daun sup...renjiskan sekali adunan lebihan yg 10 sudu tadi...ni bertujuan untuk lekat bhn taburan..kukus lg dlm 5@10 minit

Assalamualaikum... Ada yg nak cuba buat kerabu mangga ayam?Boleh try resepi dari Hawa qalisha ikin ni.Chicken mango. Wah...
24/07/2022

Assalamualaikum...
Ada yg nak cuba buat kerabu mangga ayam?
Boleh try resepi dari Hawa qalisha ikin ni.

Chicken mango.

Wah! Resepi yang memang sedap. Korang kena try!

Bahan
Ayam. Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng kentucky brand NONA
Minyak untuk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit. Pecahkan telur dalam isi ayam. Gaul-gaul dan campakkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna Nona dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Asam limau nipis. Perah
kalau pekat boleh tambah air panas.

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali). Sukatan agak-agak je.

Potong-potong ayam gaul dengan mangga parut tadi. Tuang sos atas ayam. Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit: Hawa qalisha ikin via mahn

Apa nak buat utk sarapan esok ye? Boleh je try resepi kat bawah ni. Esok pun cuti kan. Moh kita masak esok... Popiah Dag...
23/07/2022

Apa nak buat utk sarapan esok ye? Boleh je try resepi kat bawah ni. Esok pun cuti kan. Moh kita masak esok...

Popiah Daging Blackpaper

Bahan-Bahan:
Kulit Popia
Inti
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (didadu)
4 -5 biji kentang (didadu)
300 gm daging kisar
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
300 gram mix vege
2 sudu besar sos tiram
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

Cara Penyediaan:
Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.

Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.
Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.

Rasakan garamnya.
Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.
Biarkan inti sejuk.

Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.

Kredit: Resepi Enak

Assalamualaikum.... Ptg2 camni klu pekena teh tarik sedap gak.Nak share cara masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yan...
22/07/2022

Assalamualaikum....

Ptg2 camni klu pekena teh tarik sedap gak.
Nak share cara masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu.

Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat rumah korag. Lets check it out!

1. Air 500ml

2. Teh 4/5uncang (lg b*k lg kaw)

3. Susu pekat (ikut tekak msing-masing. Nak manis mana)

4. Susu cair stengah tin(nak lg lemak, bubuh je lebih)

5. 1sk esen vanila

Didihkan teh uncang, lepas tu bubuh susu pekat, susu cair&esen vanila. Biarkan mendidih seketika. Siap untuk dihidang.

Kalau nak minum ais,tunggu sejuk dulu baru tambahkan ais ketul.

Kredit: Rozana Mamat

Hai korang, masak apa tgh ari ni..... Well apa pun yg korang masak, selamat menjamu selera...
22/07/2022

Hai korang, masak apa tgh ari ni..... Well apa pun yg korang masak, selamat menjamu selera...

Sape yg x tau nak masak ape esok, boleh try ikan siakap bakar ni. K.  Shida bagi siap2 resepinya. Pagi besok boleh terus...
16/07/2022

Sape yg x tau nak masak ape esok, boleh try ikan siakap bakar ni. K. Shida bagi siap2 resepinya. Pagi besok boleh terus g pasar.

Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap/ apa² ikan yang s**a
3 sdb majerin/ butter
4 sdb susu pekat manis
1/2 cawan santan pekat KARA
Sedikit serbuk kunyit
Garam

Cara-cara:
1. Masak semua bahan-bahan diatas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.
2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api. Ketepikan.
3. Ikan dicuci bersih. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
4. Bakar ikan dengan menggunakan api sederhana. Bila dah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Bila dah nampak bersalut elok boleh diangkat.
5. Hidangkan dengan sambal kicap atau air assam kerisik.

Kredit: Rozmaliza Omar

Sape tahu mcm mane nak buat Telur sarang.Jom tengok tips di bawah....Cara buat Telur sarang.Resepi -Bahan:Telur sebiji2 ...
15/07/2022

Sape tahu mcm mane nak buat Telur sarang.

Jom tengok tips di bawah....

Cara buat Telur sarang.

Resepi -

Bahan:
Telur sebiji
2 stgh sudu besar air putih/paip
garam pink sikit kalau nak.
Minyak yang banyak nyak nyak.
kuali
sudip (haaa nampak mcm banyak kan bahan dia😝).

Cara:
-Panaskan kuali dengan api yang besarrr sangat, tuang minyak yang banyakkk. Biar sampai berasap(tipu je). .
-Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan kelajuan angin membelah lautan sampai berbuih-buih telur uols.
-Lepas tu tuang telur dalam minyak yang panas, Tarikkkkk mangkuk tu tinggi-tinggi setinggi Burj tower supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali dan menghasilkan letusan gunung berapi lalu merebak ke seluruh minyak.
-tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar sambil buat air teh o boleh cicah biskut hupseng.
-Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
-Sila tuggu dengan kesabaran lagi. .
-terbalikkan lagi skali bila dah garing. angkat dan toskan.
-kalau tak s**a telur garing sangat, boleh reduce cooking time.
-sekian terima kasih.

Kredit: Masak ke hari ni

Bismillah ...Assalamualaikum...Sekian lama tak update kat sini, hari ni kita kongsi resepi AYAM KICAP VIRAL buat masak t...
14/07/2022

Bismillah ...Assalamualaikum...

Sekian lama tak update kat sini, hari ni kita kongsi resepi AYAM KICAP VIRAL buat masak tgh ari ni.

1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng
2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi
3) Kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan jintan manis) - mak ajar klu nak masak kicap sedap dan beraroma kena masukkan jintan manis)
4) Tumis sampai naik bau dan baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
5) Masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan kering sedikit. Perasakan secukupnya.
6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula sebab ayam masak kicap yg sedap kenalah masak sehingga melekit dan likat.

Kredit : nurul hawa

12/07/2022

Assalamualaikum...

Yummm. Yummm... Burn cheese cake.. Nak???
07/02/2021

Yummm. Yummm...

Burn cheese cake.. Nak???

25/01/2021

Jom goreng kentang dan nuget tanpa minyak.....

Info lanjut hubungi K.Shida :
📲www.wasap.my/60175040196/airfryer

Address

Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idrein cookies N gift posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category