24/06/2024
Program Misi Sihat Yakult 3.0 "Murid Sihat Cemerlang Sukan" adalah kerjasama diantara Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Yakult (M) Sdn. Bhd. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan mengamalkan aktiviti sihat dalam kehidupan ​seharian. Untuk menjayakan program ini, semua pihak yang terlibat iaitu warga sekolah, tokoh masyarakat setempat, serta murid perlulah bekerjasama dan melibatkan diri serta mengalakkan warga sekolah untuk melaksanakan dan mengamalkan aktiviti pemakanan sihat, kecergasan fizikal dan meningkatkan keyakinan diri.