08/02/2026
Ada satu benda yang buat aku terfikir hari ni.
Bukan pasal jualan.
Tapi pasal empati.
Customer datang, kita layan elok.
Senyum, jawab baik-baik, explain satu-satu.
Order dia pun tak sampai 30 minit pun tunggu.
Tapi yang kita dapatโฆ
Nada suara tinggi.
Ayat kasar.
Dilabel โlembabโ.
Padahal semua dibuat fresh.
Bukan dari freezer.
Bukan ambil siap rak.
Kita hormat rezeki, kita hormat kualiti.
Kadang bukan soal tunggu lama atau cepat.
Tapi soal cara kita bercakap dengan orang.
Manusia depan kita tu ada hati juga.
Tak semua customer perlu kita simpan.
Ada yang hadir cuma untuk uji kesabaran.
Dan itu tak salah untuk dilepaskan.
Bisnes perlu sabar, ya.
Tapi sabar tak bermaksud biar diri dipijak.
Zaman sekarang, maruah diri pun perlu dijaga.
Semoga kita jumpa customer yang faham proses,
yang hargai usaha,
dan yang bercakap dengan adab.
Untuk yang tak boleh menghormati,
kita lepaskan dengan doa โ
moga dia jumpa tempat yang sesuai dengan hatinya.