Sebagai Permulaan dan juga sebagai tanda Salam Perkenalan kita mulakan dengan sedikit cerita sejarah tentang Satay Warisan. Bermula pada tahun 1971, perniagaan satay ini di mulakan oleh Allahyarham Hussain bin Din atau lebih dikenali Pak Hussain Satay. Pada masa itu perniagaan Satay ini di mulakan secara kecil-kecilan sahaja. Bermula dengan hanya menyewa sedikit ruang di hadapan kedai kopi di seki
tar pekan Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala kurau. Pada masa itu Allahyarham hanya menggunakan Basikal Tiga Roda untuk membawa barang perniagaan. Bermacam dugaan dan rintangan terpaksa di tempuhi, namun Allahyarham tetap tabah demi untuk menyara kehidupan dan anak-anaknya yang seramai 15 orang. Tahun demi tahun berganti, Alhamdulillah...dengan izin Allah perniagaan Satay semakin meningkat sehinggalah pada tahun 1974 Allahyarham Pak Hussain memperluaskan lagi perniagaannya dengan memasuki pasaran Pasar Malam. Pada masa itu Allahyarham Pak Hussain memasuki pasar malam Sungai Bakap, Parit buntar, Bandar Baharu dan Kuala kurau. Apa yang menariknya pada masa itu satu-satunya jalan untuk ke Bandar Baharu adalah dengan menaiki Sampan, kerana pada masa itu jambatan masih belum di bina. Menurut cerita mak, pada masa itu setiap malam rabu akan ada artis datang untuk membuat persembahan di Bandar baharu berdekatan dengan tempat Allahyarham Wan ( Hussain Satay) berniaga. Pada satu malam tu ada sekumpulan Artis Nasyid, tetapi mak dah lupa lah pulak nama kumpulan Nasyid tu( sorry ). Mereka order dan makan satay di situ. Selepas diaorang makan terus diaorang datang pada Allahyarham wan, dan memberitahu .........." sedap la satay pak cik ni, rasanya macam satay Kajang." Terus diaorang meminta izin untuk bergambar. Kebetulan pada masa itu mak saya yang tolong Arwah wan berniaga. Jadi, tumpang 'glamour' la mak. Tanpa disangka pada keesokkan harinya gambar dan cerita tentang Satay wan masuk dalam surat khabar. Apa lagi...kecoh satu kampung la, cerita tentang kesedapan Satay Arwah wan masuk dalam surat khabar (Bintang Timur). Cuma sayangnya keratan akhbar tu hilang dari simpanan Arwah wan semasa pindah rumah dulu. Jadi, tak boleh la nak wat bukti kat sini kan. Hrrmmm......begitulah serba sedikit ceritanya bagai mana permulaan perniagaan Satay ini bermula. Sehinggalah kini, walaupun Arwah Wan telah lama meninggal dunia, warisan perniagaan ini di teruskan oleh anak-anaknya dan juga cucu-cucunya.