07/07/2024
Anda kenal kuih2 dalam gambar ini? Jika ya, Tahniah. Anda masih mengenal sebahagian besar daripada budaya masyarakat kita iaitu makanan tradisi.
Sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai 4 ciri utama identiti budaya bangsa;
1. Bahasa 2. Tulisan 3. Pakaian tradisi 4. Makanan tradisi
1,2 dan 3 ada..walaupun pada sesetengah ketika nampak goyang juga tetapi ciri ke-4 iaitu makanan tradisi, amat kurang diambil perhatian. Tambahan dengan lambakan pencuci mulut dari budaya masyarat luar dan keterujaan generasi hari ini terhadap western desserts menyebabkan semakin ramai tidak mengenal apatah lagi berbangga untuk mengangkat naik dessert masyarakat kita. Sedangkan kita punya banyak desserts malah jauh lebih enak dan pelbagai.
Lihat bagaiman negara Jepun diwakili oleh sushi, mochi dan onigiri. (Kita focus dalam aspek hidangan pencuci mulut aja ya).
Vietnam dengan Vietnamese roll mereka. Perancis dengan croissant. India dengan panipuri. Korea dengan bingsu, kek ikan, ramen, toppokki dan beraneka lagi yang telah menjajah deria rasa kita. Datang p**a shawarma dari Arab, baklava dari turki, Tanghulu dari China, Tacos dari Mexico.
Bagus kita dapat mengenal budaya makanan masyarakat seluruh dunia. Tetapi makanan asal usul kita sendiri p**a semakin dilupakan.
Di Nani’s, kami mengambil tanggungjawab ini semenjak awal penubuhan 25 tahun dahulu bagi memastikan hidangan tradisi masyarakat Melayu Malaysia khususnya hidangan pencuci mulut diangkat sama tinggi dengan sushi, baklava dan dumplings. Alhamdulillah telah berjaya dibawa ke beberapa negara walaupun tidak le terkenal mana antaranya Saudi, UAE, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong dan juga Filipina malah Australia!. Namun masih jauh perjuangan ini.
Kami ingin mengajak rakyat Malaysia terutama warganet bersama-sama kami dalam misi mengangkat tinggi dessert Malaysia. Apa yang kita tonjolkan di media tentang kita, itulah yang dilihat masyarakat dunia. Kita mulakan dengan memperkenalkan kepada ahli rumah kita, anak-anak kita dengan makanan tradisi masyarakat kita. Kenalkan bingka, popiah, ketayap, kuih lapis, kuih talam, kuih koci, murtabak, kasturi, onde-onde, dan aneka kuih tradisi tempatan kepada pelapis generasi kita. Ajar mereka makan dan hargai budaya jatidiri bangsa.
Jika sukar nak buat sendiri , beli saja. Nani’s ada keluarkan beberapa jenis dessert Melayu.
Boleh tengok-tengok di sini: https://shopee.com.my/nanisfrozen
Semoga dengan kesedaran kira semua rakyat Malaysia, suatu hari nanti cekodok, ketayap dan kuih lapis akan menjadi MALAYSIAN DESSERT yang dikenali masyarakat dunia seperti hidangan pencuci mulut negara negara tadi. Kita boleh, Malaysia.
Makanan kita, budaya kita. Our food, our culture.
Hijrah kembali ke fitrah.
Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah.