15/08/2022
Nasi lemak (Jawi: ناسي لمق) merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di semua bahagian Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera) dan Brunei. Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.