25/04/2025
Tahukah anda?
1. Gaharu terbentuk daripada “luka”!
Apabila pokok Aquilaria dijangkiti kulat atau bakteria, pokok ini akan menghasilkan resin wangi yang kita kenali sebagai gaharu.
2. Nilai gaharu lebih mahal daripada emas!
Gaharu berkualiti tinggi boleh mencecah ribuan ringgit untuk hanya 1 kilogram. Ia digunakan dalam pembuatan minyak wangi mewah dan perubatan tradisional.
3. Hanya 7-10% pokok Aquilaria menghasilkan gaharu secara semula jadi.
Oleh itu, teknik inokulasi moden digunakan untuk merangsang penghasilan resin gaharu dalam ladang-ladang komersial.
4. Gaharu disebut dalam pelbagai kitab suci.
Dalam Islam, gaharu dikenali sebagai oudh dan digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai wangian. Ia juga disebut dalam teks Hindu dan Buddha.
5. Daun gaharu pun ada khasiat!
Selain resin, daun gaharu juga digunakan sebagai teh herba untuk bantu kurangkan stres, gula darah, dan masalah tidur.