Nasi Lemak Panas Oh Tajul

Nasi Lemak Panas Oh Tajul Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasi Lemak Panas Oh Tajul, Food stall, Lot 2 Kabin Masjid Sharifah Fatimah, Jitra.

15/01/2025

Sekarang ni musim sejuk ketua. Sebab tu yang udang pun dok mengerekot dalam pinggan. Jemput mai Nasi Lemak Panas Oh Tajul . Menu utama kami nasi lemak dan nasi tomato beraneka lauk. Nak makan Bakso dan Lokcing pun ada. Orang Jitra jom mai support kami kat sini.

Nasi Lemak Panas Oh Tajul
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 5 petang sehingga jam 12 tengah malam
Lokasi : Kontena depan Masjid Sharifah Fatimah batu 13 Jitra.

Umur 33 dah tapi rumah pun tak dak lagi? Menega nasi lemak takdak masa depan, p la buat benda lain! Kawan-kawan semua da...
08/01/2025

Umur 33 dah tapi rumah pun tak dak lagi? Menega nasi lemak takdak masa depan, p la buat benda lain! Kawan-kawan semua dah berjaya hang dok tang ni lagi.

Dalam ramai kawan yang baik-baik ada juga sorang dua yang mulut macam ni. Mungkin niat dia nak bakaq semangat kita, cuma cara dia bakaq semangat sampai tersandaq, rentung teruih jadinya.

Bagi aku ini rezeki masing-masing. Ini jalan yang kami pilih dengan sebab kami tersendiri. Tanggung la sakit dan peritnya berniaga sebab bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Aku masih berpegang dengaan pepatah Pendekar Laut, tembok China tidak terbina dalam satu malam.

Terima kasih buat yang banyak membantu kami harungi liku liku hidup ni. Maaf jugak sebab banyak susahkan hampa. Aku doakan hampa semua panjang umur dan dimurahkan rezeki. Untuk aku cukup la hampa doakan aku berjaya bebas hutang sebelum hembuskan nafas yang terakhir. Dan yang paling penting tolong doakan aku kurus, handsome dan sihat macam Zul Ariffin.

Hari pertama tukar waktu operasi, kami sajikan nasi tomato sebagai menu baru 2025. Orang Jitra yang berada dalam radius kami boleh la mai rasa dan boleh bagi feedback kat kami. Apa yang kurang boleh bagitahu untuk kita cuba perbaiki lagi. Yang mana kena dengan selera hampa tu boleh la halo kawan-kawan sama bagi depa rasa. Insyaallah kalau ada rezeki, kita bawak menu nasi tomato ni untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Assalamualaikum.

Nasi Lemak Panas Oh Tajul (NLPOT) cawangan Masjid Sharifah Fatimah off untuk 2 hari (20 dan 21 Oct) bagi memberi ruang k...
19/10/2024

Nasi Lemak Panas Oh Tajul (NLPOT) cawangan Masjid Sharifah Fatimah off untuk 2 hari (20 dan 21 Oct) bagi memberi ruang kepada Oh Tajul untuk membuat balancing dan allignment kaki di pusat servis Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Bagi cawangan Tanjung Pauh p**a bergantung jika urusan di hospital selesai awal, kami akan beroperasi seperti biasa. Sebarang perubahan akan dimaklum kemudian.

Sorry for the inconvenience cause.

Tonton live kami di tik tok dengan host yang tidak terkenal - Orkid Izzaida . Jangan lupa bagi gift supaya host lebih be...
28/09/2024

Tonton live kami di tik tok dengan host yang tidak terkenal - Orkid Izzaida . Jangan lupa bagi gift supaya host lebih bersemangat untuk buat live yang berkualiti - tidak sekadar mengunyah kacang dan mengadu lapar.

Check out Nasi Lemak Panas Oh Tajul LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Nasi Lemak Panas Oh Tajul.

Nilai Ringgit Malaysia dijangka naik , USD menjunam kerana Nasi Lemak bilis telur habis awal semalam. -Berita Palsu     ...
25/09/2024

Nilai Ringgit Malaysia dijangka naik , USD menjunam kerana Nasi Lemak bilis telur habis awal semalam. -Berita Palsu

25/09/2024

Selamat pagi. Like insta kami tanda support guys. Terima kasih .

"Nasi lemak ayam yang di lambung ke atas akan bertaburan di lantai kerana wujudnya daya tarikan GRAVITI" - Issac Julton ...
24/09/2024

"Nasi lemak ayam yang di lambung ke atas akan bertaburan di lantai kerana wujudnya daya tarikan GRAVITI" - Issac Julton

Himpunan kata-kata bijak Jul Marley1. "Sediakan nasi lemak sebelum lapar"2. "Nasi lemak bisa menjadi pemersatu bangsa ji...
24/09/2024

Himpunan kata-kata bijak Jul Marley

1. "Sediakan nasi lemak sebelum lapar"
2. "Nasi lemak bisa menjadi pemersatu bangsa jika diberi kepada orang yang betul , ia juga mampu menghancurkan negara jika jatuh di tangan orang yang salah"
3. " Manusia memerlukan satu sama lain untuk hidup, begitu jugak kacang dan bilis memerlukan satu sama lain untuk melengkapkan menu nasi lemak yang lazat"
4. "Jangan makan nasi lemak ketika kenyang jika tidak mahu berasa sengkak"
5. " Makan nasi lemak waktu malam mampu atasi risiko lapar "
6. " Anda tidak sendirian, anda cuma perlukan nasi lemak sotong"

"Hari ni Mak Chaq aku teringin nak makan Burrito. Pak aku ajak aku p beli Burrito kat Projek Burger sambil sambil tu dia...
23/09/2024

"Hari ni Mak Chaq aku teringin nak makan Burrito. Pak aku ajak aku p beli Burrito kat Projek Burger sambil sambil tu dia nak try Nasi Lemak lauk dagin kat Oh Tajul. Elok kami nak keluaq mak aku, adik aku, dengan Junaidah nak ikut jugak. Baru nak p naik mutu ja, dah kena usung van tok cik aku p**ak. Depa kata depa nak try jugak nasik lemak kat situ. Nak wat gena, bawak ja la. Takkan nak tabuh adik beradik sendiri. Kalau orang lain tu mungkin la, bukan ka." -LEE JUI FAN @ Bruce Lee Kedah.

"Sewaktu berlatih Wushu bersama kawan-kawan di kampung, tiba-tiba saya teringatkan nasi lemak udang di gerai Oh Tajul. J...
23/09/2024

"Sewaktu berlatih Wushu bersama kawan-kawan di kampung, tiba-tiba saya teringatkan nasi lemak udang di gerai Oh Tajul. Jadi hari ni saya repeat lagi sekali, tetapi kali ni saya bawak keluarga saya bersama. " Kata Jackie Jul kepada wartawan sambil ketawa kecik . "Kamu yang belum cuba, bila lagi nak ke sana? Katanya lagi

Address

Lot 2 Kabin Masjid Sharifah Fatimah
Jitra
06000

Telephone

+60183279001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Lemak Panas Oh Tajul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category