Suri Choice Kitchen

Suri Choice Kitchen A Variety Delicious Western Food to chill your taste

19/11/2024

DEFINE your goals and vision for success. Align actions with your core values and objectives.

17/11/2024

“You are competing with very smart people in the market. If you don’t start to be smart, they will always win”

Jutawan Senyap - kejayaan ini lebih baik disambut dengan rasa syukur & rendah diri.
17/11/2024

Jutawan Senyap - kejayaan ini lebih baik disambut dengan rasa syukur & rendah diri.

Kenapa Orang Malaysia S**a Tunjuk Kekayaan?

Pernah tak anda perasan, orang kita ni, bila dapat kekayaan sikit je mesti nak kongsi? Beli kereta baru, naik pangkat, pergi bercuti ke tempat eksotik – semua nak tunjuk kat media sosial. Tapi kenapa ye?

Budaya kita, terutamanya di Asia, memang banyak berkait dengan status dan pencapaian. Sejak dulu lagi, benda-benda ni ada nilai yang tinggi. Kat Barat, mereka lebih s**a low-key, tapi kat sini, kejayaan kadang-kadang rasa macam tak lengkap kalau tak dikongsi.

Tambah lagi, media sosial sekarang memang “tempat pameran” terbaik. Kat sini, senang je nak tunjuk kehidupan kita yang mungkin nampak ‘perfect’. Tapi kalau kita fikir balik, betul ke kita buat ni untuk diri sendiri, atau sebenarnya untuk ikut trend dan tekanan sosial?

Kalau dari perspektif Islam, kejayaan ni lebih baik disambut dengan rasa syukur dan rendah diri. Agama kita juga mengingatkan, apa-apa yang kita dapat semuanya pinjaman, jadi elakkan riak.

Tapi ada juga yang kata. sebab "niat nak bagi inspirasi", dan menunjuk-nunjuk ni memboleh kan. Apa pendapat anda?

Saya ni old school sikit. Untuk memberi inspirasi pun segan rasanya menunjuk-nunjuk harta. Maklumlah, cikgu-cigu dan guru-guru saya, pakar2 motivator dulu-dulu seperti Tok Abah, Allahyarham Dato Maznah (Iron Lady), Allahyarham Tan Sri Ali Hasyim dan ramai lagi motivator2 old school, mana ada tunjuk2... berbeza sedikit dengan motivator2 zaman ini.

Tapi apa pendapat anda? Anda lebih selesa cara bagaimana dalam memberi inspirasi?

Adakah kita tunjuk kejayaan ni sebab nak inspire, atau sekadar ikut budaya dan peredaran masa (media social)?

Teringat juga pada sorang lagi cikgu saya Chef Li (Jutawan Senyap). Katanya, ramai je usahawan jutawan yang senyap-senyap. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan tapi income masyuk. Tak perlu war-warkan kejayaan - takde siapa yang kacau!

Pelajar-pelajar saya pun ramai juga yang kata begitu. Menjalankan perniagaan online dari rumah, mendapat keuntungan yang tinggi higga pendapatan bulanan 5 angka pun ramai!

Sekiranya anda nak mulakan perniagaan online dari rumah senyap-senyap, tapi tak tahu nak jual apa, atau nak mula bagaimana, hari ini saya kendalikan kelas online percuma "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO!"

Saya kongsikan Langkah demi Langkah cara mulakan perniagaan dari rumah. Jom sertai di www.NakJualApa.com HARI INI!

-ik
dubai

ps: Siapa join hari ni, akan dapat ebook 149 muka surat percuma dari saya "8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman Auf". Abdul Rahman Auf pun tidak menunjuk2kan hartanya tetapi menggunakan hartanya untuk kembangkan Islam!

Address

Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
Johor Bahru

Telephone

+60139474916

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suri Choice Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share