Dapur Mak Ani Resipi Bonda - Bazar Perling Mall

Dapur Mak Ani Resipi Bonda - Bazar Perling Mall Dapur Mak Ani owned by
Menjual pelbagai jenis makanan.

Antaranya :-
�Warung Kg Sri Jaya - Goreng, Ayam Penyet & lain
�Stall hadapan Masjid Taman Tampoi Indah - Sate
�Bazar Ramadhan Perling - Nasi Ambang & lain

Promosi‼️Promosi‼️promosi‼️Assalammualaikum & Selamat Sejahtera Semua, depavali dah nak dekat. kami dari Golden Touch na...
17/10/2024

Promosi‼️Promosi‼️promosi‼️

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera Semua, depavali dah nak dekat. kami dari Golden Touch nak kasi anda Promosi Kaw Kaw punya untuk BASIC POLISHING!

Basic Polishing anda akan dapat:
✅ Exterior Detailed Wash
✅ Basic Interior Cleaning
✅ 1 Step Polishing
✅ Silicone Wax Interior
✅ Exterior Reblack Trim

Cepat Booking Slot Anda! jangan lepas kan peluang yang ada. Kami bukak dari 20/10/2024-31/10/2024 sahaja.
(siapa yang booking pasti kan anda sudah deposit kepada kami supaya kami boleh lock
date anda)

🔒Link Untuk Booking: https://wa.link/1oqw7p
📍Link Maps: https://g.co/kgs/J9KNSGm
📌Location: No 7 Jalan Denai 4 Taman Denai Nusantara, 81550 Gelang Patah Johor

Terima Kasih Support Kami GOLDEN TOUCH SNOW WASH $ DETAILING

26/05/2023

NASI MINYAK SIMPLE
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
- bawang goreng
- daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
- DAGING BERIANI -
- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
kredit: angah izan

24/05/2023
23/05/2023
17/05/2023

Alhamdulilah timakaseh yg punya owner restoren wan badai kerana sudi membuat tempahan nasi ambeng by dapo mak ani

# syukurselalu
nasiambeng

Kami sedia menerima tempahan sate firadus n nasi ambeng by dapo mak ani dlm aapa jua majlis # Alahamdulilah # syukursela...
17/05/2023

Kami sedia menerima tempahan sate firadus n nasi ambeng by dapo mak ani dlm aapa jua majlis
# Alahamdulilah
# syukurselalu

13/05/2023

*🌹RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP😍*

*Bahan Kisar*
10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos
1 biji bwg besar | saiz sderhana
2 biji bwg putih

Kisar smua bhan di atas dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

*Bahan Perapan Ayam Berempah*
2 sudu besar bahan kisar
1 sb sos tiram
1 sb gula
secubit garam
sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
2sb tepung beras
5-6 ketul ayam
8 batang serai

kisar kering sampai hancur
Campurkn ke smua bahan kecuali serai.Gaul rata.

Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkn ke dlm bahan perapan

Kemudian masukkn ayam dan gaul sebati.
Perap selama 30 minit

*Bahan Hampas Serai Berempah*
Baki serai yang dikisar
2 tangkai daun kari
1 sb gula
secubit garam
2sb kari daging
2sb tepung jagung

Campurkn ke smua bahan.Kmudian basahkn dengan sdikit air.
Tak prlu trlalu bnyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkn bahan hampas serai tu je.

*Cara Goreng Ayam*
Selepas perap ayam, panaskn minyak dlm kuali.

Goreng ayam serta masukkn jg daun kari. Goreng hingga garing brtukar keemasan.

Kmudian angkat ayam dan tos.
Guna kuali yg sma, goreng bahan hampas serai.
Masukkn sdikit demi sedikit beserta daun kari juga.
Gaul2 dan hancur2kn hampas msa goreng supaya tk trlalu tebal melekat msa digoreng.

Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
Bau wangi serai, kari, jintan ,ketumbar mmang asyik gila.

Mkn pn non stop je ni🤭

12/05/2023

Ayam masak serai sedapppppp !!! 😋

😍
Bawang besar
Cabai kering
Halia
Bwang puteh
Serai
Semua blender
Ayam Goreng garam kunyit dulu.
Tumis serai(ketuk) dlm 3/4 btg
3 sekawan ( kayu Manis, bnga lawang &pelaga)
Masuk bhan blender
Tumis bg pecah minyak
Sos cili
Tomato.
Sekeping Asam kpng
Gula
Garam

Selamat mencuba♥️

Resepi : norhazian hussin

Seronoknya mcmni fresh2
11/05/2023

Seronoknya mcmni fresh2

11/05/2023

Betul tu ✅

11/05/2023

Kuah Colek ni resepi arwah bonda Kak Chik masa meniaga keropok lekor. Kuah ni juga sedap buat cicah dengan popia goreng, cucur udang, tahu sumbat & ikan celup tepung. Insyaallah padu! Jom layan resepinya.

KUAH COLEK
#########

BAHAN A - KISAR
CILI KERING 15 TANGKAI
BAWANG PUTIH 2 ULAS

BAHAN B
3 CAWAN AIR
GARAM
GULA NISAN@MELAKA
PERASA
CUKA
AIR ASAM JAWA
3 SUDU BESAR CILI SOS

BAHAN C
TEPUNG JAGUNG - BANCUH DENGAN AIR.

KAEDAH
SATUKAN BAHAN A & B - MASAK SEKETIKA SEHINGGA MENGELEGAK. MASUKKAN BAHAN C. KACAU. AGAK-AGAK KEPEKATAN YANG DIKEHENDAKI. RASA KUAH COLEK KENA ADA MASAM, MANIS & MASIN YANG SEIMBANG.

Note: boleh masukkan dalam botol & simpan dalam peti ais

Address

Jalan Tampoi, Taman Tampoi
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Mak Ani Resipi Bonda - Bazar Perling Mall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category