04/01/2020
Haritu cincau, harini brown sugar pulak. Mesti korang pernah terfikir apa sebenarnya beza antara brown sugar dan white sugar kan? Adakah brown sugar lebih sihat daripada white sugar? Meh sini saya nak share sikit beza antara kedua-dua gula ni.
Brown sugar (gula perang) dan white sugar (gula putih) tidak banyak bezanya kerana kandungan nutrisi yang hampir sama antara kedua-dua gula ini. Satu sudu teh (4 g) gula perang mempunyai jumlah tenaga sebanyak 11 kcal manakala satu sudu teh gula putih mempunyai jumlah tenaga sebanyak 16 kcal. Nampak tak? Bezanya tidak jauh. Sekiranya kedua-dua gula ini digunakan secara berlebihan dalam pemakanan, ia boleh menyebabakan masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi.
Apa yang membezakan gula putih dan gula perang adalah dari segi penyediaannya, dimana gula perang disediakan dari air nira, manakala gula putih adalah berasal dari air pokok tebu yang telah dikeringkan sehingga menjadi kristal (hablur).
Selain itu, gula perang mempunyai kandungan nutrien yang sangat tinggi berbanding gula putih. Gula perang kaya dengan garam-garam mineral seperti natrium, kalium, kalsium, zink dan beberapa jenis vitamin seperti A, B dan C, manakala gula putih tidak mempunyai sebarang kandungan mineral dan hanya mempunyai sukrosa (karbohidrat) semata-mata. Gula perang juga mempunyai bahan yang dikenali sebagai molases (bahan yang memberi warna kepada gula perang). Sebab itu lah gula perang mempunyai rasa dan bau yang kuat serta mempunyai warna yang gelap berbanding gula putih.
Dalam penyediaan Cha Bang Ang, kami hanya meletakkan sebanyak 2 hingga 3 sudu air gula perang sahaja, dan jangan risau, ia tidak akan membahayakan kesihatan anda kerana kandungan kalorinya tidaklah berlebihan. Tapi kalau minum banyak sangat, sudah semestinya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada diri kita 😊😉