Diari Resepi Bonda

Diari Resepi Bonda Bonda kumpulkan seluruh resepi terbaik dari dulu hingga sekarang untuk anda anak-anak bonda tersayang

Kentang kerinting goreng rangup diluar lembut didalam😋Resepi🌺BAHAN-BAHAN🌺4 biji kentang(potong 4)1sk garam1 telur ayam1/...
17/09/2026

Kentang kerinting goreng rangup diluar lembut didalam😋

Resepi

🌺BAHAN-BAHAN🌺
4 biji kentang(potong 4)
1sk garam
1 telur ayam
1/2 cawan susu cair(boleh kurangkan kalau tak nk cair)
2sb tepung jagung

🌺CARA-CARA🌺
1. Rebus kentang sampai menjadi empuk..Tos masukkan ke dalam mangkuk /besen lenyek seperti dalam gambar

2.Selepas itu masukkan ke semua bahan bahan tadi.. Gaul sampai sebati dgn kentang.

3. Sudah siap boleh la senduk masukkan dalam plastik piping bag(plastik yg bungkus air pun boleh) 😁

4.Panaskan minyak pipingkan bulat bulat ke dalam kuali..

Note** sebelum alih pastikan kentang betul betul garing ye takut patah jea😂

maaf tak pandai nk karang tapi boleh tgk dkt wall sy resepi..siap ada videonye😉

sy bt ni rangup diluar lembut didalam ..hee

Sumber : Eika Atieka

[PULUT SEKAYA]Resipi :*Pulut1/2 kilo pulut (Rendam dlu dlm 1jam)1 kotak Kecil SantanGaramKukus pulut bersama santan smpa...
17/09/2026

[PULUT SEKAYA]
Resipi :
*Pulut
1/2 kilo pulut (Rendam dlu dlm 1jam)
1 kotak Kecil Santan
Garam
Kukus pulut bersama santan smpai masak dlm 30 minit
*Sekaya
6biji telor
6keping gula merah @ nise
Daun Pandan
Masak gula merah bersama sedikit air & daun pandan..Biarkan kan sekejap.
Blender telor bersama gula merah yg dah agak suam2 Kemudian kukus kembali bersama pulut tadi...
Kukus dlm 30 minit
Sejukkan dulu baru potong😍
** Nak sekaya tu lagi tebal boleh guna 10biji telur

Sumber : faizatul aida

Sape s**a Daging Masak Hitam ni Resepi yg simple dan sedap sngat 😋Bahan2 kt bwh 👇1/2 kilo daging - direbus dan dipotong ...
17/09/2026

Sape s**a Daging Masak Hitam ni
Resepi yg simple dan sedap sngat 😋

Bahan2 kt bwh 👇

1/2 kilo daging - direbus dan dipotong nipis
1 biji bwg besar *
4 ulas bwg kecil *
3 ulas bwg putih *
10 tangkai cili kering - nk pedas lebihkan *
3 biji buah keras *
1 inci halia *
3 btg serai *
1/2 cwn kicap
1 cwn air rebusan daging
1 sdb air asam jawa
Sedikit Gula melaka- klu takde gula putih pon ok
Garam
Cili hijau dan cili merah

Cara -
Daging direbus dan dipotong nipis
Blendkan bahan2 yg bertanda
Panaskan minyak tumis bahan2 yg diblend td
Bila da agak garing msukkn dging
Masukkn kicap dan air rebusan - klu nk berkuah letak lebih
Masukkn air asam jawa dan gula melaka
Kacau sebati dan masukkn garam
Taburkn cili hijau dan cili merah
Masukkn bwg besar yg dihiris bulat
Biarkn seketika
Hidang dn taburkn dgn bwg goreng

Da siap, Happy trying 🌹

Sumber : hidayati hana

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲
16/09/2026

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🤲

Roti Butterscotch,roti ini sangat sedap dan lembut ditambah p**a dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang lain,...
15/09/2026

Roti Butterscotch,roti ini sangat sedap dan lembut ditambah p**a dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang lain,ditambah lagi apabila dimakan dengan sos butterscotch.

Bahan untuk doh roti:

2 cawan tepung gandum.

1/2 sudu kecil serbuk yis

1/4 sudu kecil garam halus

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar gula halus atau gula kastor

1/4 cawan susu tepung

1/4 cawan mentega

1/2 cawan air suam

Bahan untuk taburan/hiasan:

1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu

sedikit sliced almond

bijan hitam

biji labu atau biji bunga matahari

Cara untuk Roti:

Campurkan tepung gandum,susu tepung,serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.

Tuang, mentega dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.

Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.

Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kes**aan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.

Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.

Bahan untuk sos butterscotch:

25 gram butter

1/2 cawan gula perang atau brown sugar

1/2 cawan susu segar atau whipping cream

1/4 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil esen vanila

Cara untuk sos butterscotch:

Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan p**a susu segar boleh ganti dengan whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama

Credit : Khairul Hafizi

Sambal sardin cili padi + kentang+ petaiBahan:1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)*3 biji cili masak/cili bes...
15/09/2026

Sambal sardin cili padi + kentang+ petai

Bahan:
1 tin sardin(asingkn kuah dan goreng sardinnya)
*3 biji cili masak/cili besar
*12 biji cili padi
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
1 biji kentang-hiris n goreng
1 biji tomato-hiris nipis
Petai/jering
1 biji bwng besar-hiris bulat
Garam n perasa

Cara:
Mesin kasar bhn bertanda *
Tumis bhn mesin..masukkan tomato hiris
Masukkan sos sardin dan masak hingga sambal agak garing
Masukkan garam n perasa
Akhir sekali masukkan sardin,kentang,petai n bawang hiris..gaul rata..

Kredit resepi ini kpd Mazliza Ahmad‎

CUCUR KENTANG 3 BAHAN 🥰Bahan-bahan ❤️3@4biji ubi kentang 8@10 sudu besar tepung jagung Sedikit garamCara-cara ❤️-Rebuska...
15/09/2026

CUCUR KENTANG 3 BAHAN 🥰

Bahan-bahan ❤️

3@4biji ubi kentang
8@10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam

Cara-cara ❤️

-Rebuskan ubi kentang sehingga lembut .
-Toskan ubi kentang yang direbus tadi dan lenyekkan .
-Tambahkan garam sedikit .
-Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit .
-Bulatkan doh tadi menjadi bulat dan boleh digoreng .
-Siap dihidang 👌 selamat mencuba guys ❤️

Kredit : Chumily

*Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk*👩‍🍳Bahan-Bahan:1 pinggan nasi putihIkan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor...
15/09/2026

*Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk*👩‍🍳

Bahan-Bahan:

1 pinggan nasi putih
Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya)
*10 tangkai cili api
*1 biji bwng besar-hiris
*3 ulas bwng putih
2 biji telur
kacang pnjng
Kubis
Garam dan perasa

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.

2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)

3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.

4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!

Address

Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diari Resepi Bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share