Bubur Nasi Legend No.1 BBKP

Bubur Nasi Legend No.1 BBKP BUBUR NASI LEGEND NO.1
�CONFIRM MENGIGAU�
BUBUR DELIVERY

HAI SEMUA! BERITA BAIK!UPTOWN NIGHT BBKP kini dah boleh DINE-IN tau.. Jom kita makan lepak santai dgn angin syahdu gituu...
31/10/2021

HAI SEMUA! BERITA BAIK!

UPTOWN NIGHT BBKP kini dah boleh DINE-IN tau.. Jom kita makan lepak santai dgn angin syahdu gituuu.. Mcm dah lama sgt kan kita x dpt nak lepak tempat “open air”.. Asyik pegi balik keje je.. Bagi sket “me time” kat korg utk relaks santai kat uptown..

OK set.. kita jumpa esok mlm!
Open Table : 6PM – 11PM
Location kami!

Jalan Pulai Ria 9
Bandar Baru Kangkar Pulai

Google maps :
https://maps.google.com/?q=1.564246,103.586594

Waze :
https://waze.com/ul/hw238vhtrk
Whatsapp :
https://wa.link/dkey9w
https://wa.link/dkey9w
https://wa.link/dkey9w

Kami tidak beroperasi dari 4 - 6 Sept 2021 untuk memberi laluan pada staf kami untuk vaksin dos ke-2. Doakan urusan kami...
04/09/2021

Kami tidak beroperasi dari 4 - 6 Sept 2021 untuk memberi laluan pada staf kami untuk vaksin dos ke-2. Doakan urusan kami dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan.

Terima kasih 🧡

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
31/08/2021

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

BERSEDEKAH KETIKA SUSAH"Wahai Rasullullah, apakah sedekah yang paling besar pahalanya?"Rasullullah menjawab..."Engkau be...
24/08/2021

BERSEDEKAH KETIKA SUSAH

"Wahai Rasullullah, apakah sedekah yang paling besar pahalanya?"

Rasullullah menjawab...
"Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut, jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan"

(Hadis riwayat al-bukhari)

Hallaaa hallaaaa... kat sini jugak nak parking 😒
24/08/2021

Hallaaa hallaaaa... kat sini jugak nak parking 😒

🤣🤣🤣🤣🤣
20/08/2021

🤣🤣🤣🤣🤣

Hi! Kami beroperasi seperti biasa!Jemput datang 😉 📍Jalan Pulai Ria 9Bdr Baru Kgkar Pulai(tepi jalan besar)Waze : Bubur N...
17/08/2021

Hi! Kami beroperasi seperti biasa!
Jemput datang 😉

📍Jalan Pulai Ria 9
Bdr Baru Kgkar Pulai
(tepi jalan besar)

Waze : Bubur Nasi Legend No.1

⏰ 5:00pm - 10:00pm

🛵 DELIVERY boleh whatsapp kami👇🏻
www.wasap.my/60137275800/Bubur+Delivery

Kami tidak beroperasi pada harini dan esok untuk memberi laluan pada staf kami mengambil vaksin.Terima kasih.
14/08/2021

Kami tidak beroperasi pada harini dan esok untuk memberi laluan pada staf kami mengambil vaksin.

Terima kasih.

Jumaat pertama 1443H
13/08/2021

Jumaat pertama 1443H

Kisah Hijrah Rasulullah ﷺSempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad ﷺ...
10/08/2021

Kisah Hijrah Rasulullah ﷺ

Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad ﷺ dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.

Rasulullah ﷺ berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.

Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ﷺ hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ﷺ mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah ﷺtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah ﷺpun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah ﷺ juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah ﷺ walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah ﷺ. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah ﷺ. Mereka begitu yakin Rasulullah ﷺ tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah ﷺ bangun dari katil itu.
Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah ﷺ keluar dari rumah itu.

Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah ﷺ tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah ﷺ. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah ﷺ. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah ﷺ dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah ﷺ. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah ﷺ di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah ﷺ akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah ﷺ menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah ﷺ mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah ﷺ dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

You only live once.But if you do it right.ONCE IS ENOUGH!
08/08/2021

You only live once.
But if you do it right.
ONCE IS ENOUGH!

06/08/2021

Address

Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bubur Nasi Legend No.1 BBKP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share