03/10/2026
KLATE MART JB
Hari ni start buka mini cafe sebelah menyebelah kedai runcit KLATE MART JB ni (dalam kedai yang sama).
Sambil2 mencari bahan asas masakan Kelantan@ Thailand, boleh juga mendapatkan makanan yang siap tersedia.
Hari ni ada Nasi Bungkus Kelantan yang diberi nama Nasi Bungkus Malam (nasi ni siap bungkus, delivery sampai kedai sebelah petang hingga habis stok waktu malam). Buat masa ni ada 2 jenis Nasi Bungkus sahaja yang tersedia iaitu:
1) Nasi Berlauk (Nasi Putih, Gulai Ayam & sambal lada).
2) Nasi Kerabu kosong (Nasi Kerabu, sayur2 kerabu, nyior goreng+sambal ikan & sambal lada).
Nasi Bungkus ni letak dlm tray depan kedai (ikut style jual nasi di Kelantan)
Hari ni juga mula jual Ayam Goreng dan Chicken Tenders di KLATE MART JB mini cafe ni. Chicken Tenders dan Ayam Goreng kita perap dan goreng di sini:
1)Chicken Tenders ni menggunakan chicken tenders yang diimport dari Thailand (ada halal Thailand).
2) Ayam p**a menggunakan bekalan ayam mentah tempatan dari pasar berdekatan.
Buat permulaan ini, kedua2 Ayam Goreng dan Chicken Tenders ini akan diiringi dengan sos cili.
KLATE MART JB sudah memulakan penjualan buah2 an sejak 4 bulan lalu bermula dengan buah2an bermusim seperti rambutan, dokong dan duku.
Selepas musim buah berakhir, KLATE MART JB menyambung penjualan buah2an dengan menjual buah2an potong sedia dimakan dan air balang yang disediakan dalam "Juice Dispenser" sejak 2 bulan yg lalu.
Buah2an potong ini tersedia di dalam chiller khas untuk buah dan air. "Cholek" buah juga tersedia untuk buah2an potong tersebut.
Ada kalanya buah Limau Bali Thailand turut tersedia jika ada bekalannya.
Air balang akan bertukar-tukar perisa nya mengikut stok perisa yg tersedia ada.
Buat masa ini, KLATE MART JB mini cafe menggunakan konsep "take away" kerana kawasan kedai dan bilangan meja yang terhad.
Semoga KLATE MART JB terus berkembang maju dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik yg termampu untuk pelanggan dalam bidang peruncitan bahan asas masakan Kelantan dan juga makanan siap dimakan. Aamiinnn....