15/04/2026
Kenapa khai buat affiliate? Sebab sara dapat yang individu sahaja,yang setiap bulan takde,STR pun takde sebab suami keluar masuk SG ke johor.Suami kerja SG tapi rate sekarang turun kan. Tapi boleh lah cukup² makan bak kata pepatah "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang". Ye cukup2 sahaja,kadang bak menyimpan pun tak lepas. Rumah sewa ni lah paling murah pun 850 tapi flat/pangsapuri. Sebelum ni 1000 rumah 2tingkat kosong. Barang dapur,barang anak2 termasuk pampers dan susu tepung yg lain2 lagi. Dekat rumah utk memudahkan beli lah coway senang untuk buat susu anak,kalau tak kena guna heater je. Barang dapur belum termasuk biskut2 anak,. Then suami p**ak kena bayar motor. Bukannya kata kerja dari negara lain tu semua hidup senang,nak ke tunggu gaji tu ala kadar jer cukup bulan tu telur je lah. Barang sekarang bukan murah. Semua naik. Cuma boleh dikatakan dekat Johor ni ada tempat2 yang boleh kita makan murah tu je. Tapi kita kena cari. 🤗Anak p**a banyak kena pergi terapi setiap bulan sebab masih tak bercakap(speech delay) dan tak berjalan lagi. Saya tolong suami dengan harapan Semoga ada manis² dan selalu bahagia family kecil saya ni.