PAU Uncle Kassim

PAU Uncle Kassim Menyediakan Masakan Panas (Steamer) Seperti PAU Kaya,PAU Kacang,PAU Rendang Daging, PAU Chocolate,

lain-lain menu :- Dim Sum, Popia Cabonara, Lempeng Sambal

17/05/2026

Semalam PH Johor suruh BN Johor kenang jasa PH. Okay, ini lah antara jasa PH.

Kononnya apabila PH 1.0 bawah Menteri Pengangkutan Anthony Loke masa itu menukar RTS daripada sambungan MRT Singapura bawah rancangan asal masa BN kepada sistem LRT sendiri, kos projek dapat dijimatkan.

Tetapi mana penjimatan itu?

Dulu PH kata kos RTS boleh dikurangkan daripada RM4.03 bilion pada Januari 2018, berdasarkan rancangan asal BN, kepada sekitar RM3.16 bilion.

Namun menurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2024, kos projek RTS sudah meningkat kepada RM5.245 bilion setakat 31 Disember 2023.

Maksudnya, berbanding “harga jimat” PH dahulu, kos kini sudah jauh lebih tinggi. Malah ia juga RM1.2 bilion atau sekitar 30% lebih tinggi berbanding anggaran asal RM4.03 bilion pada 2018.

Itu pun jika kos tidak naik lagi dalam tempoh tiga tahun dari akhir 2023 sehingga RTS mula beroperasi pada awal 2027.

Bukan setakat kos naik. Projek juga tertangguh.

Pelan asal RTS zaman BN sepatutnya siap lebih awal, sekitar 2024. Tetapi selepas projek disemak, ditukar dan distruktur semula semasa PH 1.0, tarikh siap akhirnya bergerak jauh ke 2027.

Jadi rakyat Johor bukan sahaja hilang penjimatan yang dijanjikan. Mereka juga hilang masa bertahun-tahun.

Apabila kos bina naik, projek lambat, dan kos operasi perlu ditanggung sendiri, jangan terkejut jika pengguna akhirnya dibebankan melalui tambang yang tinggi.

Dan hari ini, kesan itu mula kelihatan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyebut tambang RTS Johor Bahru ke Singapura mungkin sekitar RM15 hingga RM21 untuk perjalanan hanya 4km yang mengambil masa 5 minit.

Kalau satu perjalanan RM20, pergi balik sehari sudah RM40. Kalau bekerja 25 hari sebulan, kos RTS sahaja boleh mencecah RM1,000 sebulan.

Sebagai perbandingan, KTM Shuttle Tebrau JB-Woodlands cuma RM5. Tambang MRT Singapura untuk jarak lebih kurang sama p**a sekitar SG$1.50, iaitu lebih kurang RM5.

Masalahnya, pelan asal zaman BN dahulu lebih masuk akal.

RTS dirancang sebagai sambungan kepada sistem MRT Singapura.

Jika pelan itu dikekalkan, penumpang dari JB boleh terus masuk ke rangkaian MRT Singapura tanpa tukar tren. Mereka boleh turun di Orchard Road untuk membeli-belah, sambung ke Marina Bay Sands untuk makan malam dan hotel, kemudian esoknya selepas checkout terus naik MRT balik ke JB dan keluar melalui CIQ di sana.

Lancar. Mudah. Praktikal.

Tetapi semasa PH 1.0, projek ini ditukar kepada sistem LRT sendiri atas alasan mahu jimat kos.

Akhirnya RTS perlu ada tren sendiri, sistem isyarat sendiri, depot sendiri dan operasi sendiri.

Maka jadilah sistem LRT 4km dengan dua stesen dan satu depot. Mungkin antara sistem LRT paling pendek di dunia.

Akhirnya juga, penumpang RTS perlu bertukar tren di Woodlands jika mahu meneruskan perjalanan melalui MRT Singapura.

Jadi “jasa” PH kepada projek RTS, BN Johor dan warga Johor ialah:

1. Kos jauh lebih tinggi.
2. Projek lambat sampai tiga tahun.
3. Kos operasi lebih tinggi setiap tahun kerana perlu menanggung penyelenggaraan sistem LRT sendiri, berbanding pelan asal yang boleh memanfaatkan pengalaman, fasiliti sedia ada dan skala ekonomi MRT Singapura.
4. Harga tiket kini disebut tinggi oleh kerajaan Madani sendiri.
5. Penumpang p**a disusahkan kerana perlu bertukar tren.

LEBIH MAHAL BUAT SELAMA-LAMANYA, LEBIH LAMBAT, LEBIH MENYUSAHKAN RAKYAT.
Besar betul, jasa mereka.

Address

Kedidi Scientex
Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+60177555713

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAU Uncle Kassim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PAU Uncle Kassim:

Shortcuts

Share