09/05/2026
Dalam dunia roasting, beza antara "sempurna" dan "biasa-biasa" terletak pada perincian yang paling halus. Gambar dalam ini bukan sekadar menunjukkan perubahan warna, tetapi ia adalah rakaman detik penting dalam proses transformasi kimia biji kopi.
​Suhu yang tepat, aliran udara yang terkawal, dan masa yang dikira sehingga ke saat terakhir. Sedikit terleka, profil rasa yang kita mahukan boleh hilang begitu sahaja. Bagi kami di KopiKupi Roastery, setiap biji kopi melalui fasa ujian yang ketat untuk memastikan nota rasa (tasting notes) yang sampai ke cawan anda adalah yang paling optimum.
​Kerana bagi kami, kualiti bukan satu pilihan ia adalah tanggungjawab.
​