Resepi Masakan Ibu Ibu Comel

Resepi Masakan Ibu Ibu Comel Berkongsi aneka resepi pelbagai masakkan yang sedap lagi Enak.

💕 Anda geng mak-mak yang suka sambal, laok, snek, cookies dan dessert lazat?🌶️🥘🍿🍪🍰

Intai sini 👇🏻
https://www.galeriinspirasiwanita.com/p/teega-sh01.html

Peluang jana income 4 hingga 5 angka sebulan dengan bisnes makanan Sesuai untuk wanita wanita yang ingin mengasah lagi skill memasak atau yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang makanan.

Resepi ayam penyet ✨✨✨Kredit empunya resepi 💕
02/10/2026

Resepi ayam penyet ✨✨✨

Kredit empunya resepi 💕

Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di MulutBahan2:  Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:4 Cawan Tepung Gandum d...
01/10/2026

Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

Bahan2:

Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:
4 Cawan Tepung Gandum disangai hingga naik bau
1/2 Cawan Gula castor
1/4 Cawan susu tepung tak kisah brand apa
3 Sudu besar buttercup / minyak sapi. Cairkan dulu & tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya

Bahan Inti Biskut Makmur:

500 gm kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
Minyak jagung secukupnya

Cara2:

Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:

Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
Masukkan sikit2 minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Kredit empunya resepi.
Terima kasih byk2.
Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Puding Karamel versi tanpa telur🍮🍮Buat dalam bekas mcm nie senang bila nak makan😉Sedap tulaa mkn sejuk2 nie😋Resepi..➡Unt...
01/10/2026

Puding Karamel versi tanpa telur🍮🍮

Buat dalam bekas mcm nie senang bila nak makan😉
Sedap tulaa mkn sejuk2 nie😋

Resepi..
➡Untuk caramel
* 1 cwn gula
* 1/2 cwn air

➡Untuk puding
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cwn air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cwn susu pekat(ikut kemanisan tekak masing2 ya)
* 3 1/2 sdb tepung kastard
* 1 sdk esen vanilla
* Sedikit garam(untuk melemakkan rasa puding)

Cara memasak..
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan.Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan2 ke dalam gula tadi.Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dgn serbuk agar2 serta masak sehingga mendidih
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dlm agar2..Biarkan mendidih.
6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dlm peti ais..

Kredit : Fatien Zaini

Cuaca panas ni memang sedap dapat makan puding atau agar-agar sejuk. Bagi peminat soya, jom cuba resepi Puding Soya bers...
01/10/2026

Cuaca panas ni memang sedap dapat makan puding atau agar-agar sejuk. Bagi peminat soya, jom cuba resepi Puding Soya bersama longan. Pasti puas hati sebab dapat makan sebanyak yang anda mahu 😀

Bahan-bahan:
● 10g serbuk agar-agar
● 200g gula
● 1liter air
● 2-3 helai daun pandan
● 1liter air soya kurang manis
● 1tin buah longan

Cara-cara:
1- Masukkan serbuk agar-agar, gula, air dan daun pandan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.

2- Teruskan kacau dengan menggunakan api perlahan sehingga mendidih. Setelah mendidih, ambil dan buang daun pandan dalam periuk.

3- Masukkan 1liter air soya ke dalam periuk. Kacau sebati

4- Tuang agar-agar ke dalam bekas yang bersesuaian. Boleh tuang di dalam gelas kaca. Tuang sehingga habis.

5- Biarkan seketika di luar kemudian boleh masukkan di dalam peti sejuk. Sejukkan selama 1 hingga 2 jam.

6- Bukan tin longan dan masukkan di dalam mangkuk. Sejukkan di dalam peti sejuk

7- Apabila agar-agar dah sejuk, boleh dihidangkan bersama isi longan sebagai topping.

Kredit : empunya resepi

Puding Susu Kelapa muda2 bungkus nutrijel kelapa muda ukuran besar1 bungkus agar-agar swallow plain1 kaleng susu kental ...
01/10/2026

Puding Susu Kelapa muda

2 bungkus nutrijel kelapa muda ukuran besar
1 bungkus agar-agar swallow plain
1 kaleng susu kental manis putih
500 gr gula pasir (sesuaikan selera)
2 liter air
Selasih secukupnya
Sirup cocopandan secukupnya
Campur semua bahan kecuali selasih dan sirup
cocopandan. Rebus sambil sesekali diaduk sampai
mendidih. Angkat, tuang ke cetakan/cup plastik.
Sisakan secukupnya untuk topping.
Sisa puding nya beri sirup cocopandan dan selasih,
aduk rata. Kalau puding sisanya sdh mengeras, bisa
dipanaskan lagi agar mencair. Setelah puding putih
mulai agak set, tuang puding merah di atasnya (aku
2 sdm). Biarkan mengeras.

Kredit empunya resepi

Sambil buat kn utk pelangan...sedia kn sikit utk jiran... kekonon hantar bekas la teww🤗Resepi semudah ABC...siap kn pun ...
01/10/2026

Sambil buat kn utk pelangan...sedia kn sikit utk jiran... kekonon hantar bekas la teww🤗

Resepi semudah ABC...siap kn pun cpt😁
Agak2 ramai dak peminat puding jagung ni😋

memandang kn ada yg like...resepi bln 5 ritu timbul blk n hakak cnp semula kut2 ada yg nk share...hakak xubah apa dr yg asal...slmt mcuba🤗

Puding jagung jualan d bln puasa n hr2 biasa...in shaa Allah kita semua d murah kn rezeki yg berkat...Aamiin🤗🤗🤗

Memandang kn ramai yg minta resepi...akk cnp dr group MAHN kt sini...xperlu minta izin nk share...akk halal kn resepi nya🤗🤗🤗

PUDING JAGUNG

1 tin jagung
1 tin tpg kastad
3 tin santan(semua nya di s**at mgguna kn tin jagung)
1 cwn gula
1 sd kfc garam

CARA(cara sy dr dulu hgga skrg)

masuk kn semua bahan ke dlm periuk...
kacau sekejap supaya kastad tak berketul...
bila semua dh sebati masak dgn api yg perlahan...
kacau hgga pekat...masak...tutup api...blh di simpan dlm bekas...
(kalu dh pekat warna yg keruh bertukar mjadi berkilat...itu tanda nya dh masak)

Kredit empunya resepi

Resepi MACARONI CHEESE super sedap dan tersedap Dulu s**a sangat pergi 1 kedai western ni.Memang sy akan order macaroni ...
29/09/2026

Resepi MACARONI CHEESE super sedap dan tersedap

Dulu s**a sangat pergi 1 kedai western ni.
Memang sy akan order macaroni cheese, tapi sekarang dah tutup.

Dok pk, macam mana nak buat macaroni cheese sesedap macam kedai tu buat.

Try try try n error , asyik fikir fikir, akhirnye dapat juga buat macaroni cheese seakan kedai favourite ika 😍

Bahan2nya :-
3 cwn Macaroni
Air secukupnye untuk rebus macaroni
Sedikit minyak untuk rebus macaroni

3 pcs cheese keping
1 cawan cheese powder
1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
3 cawan susu segar

Nak lagi sedap. Letak mozarella cheese. Lagi terangkat hehehe

Cara2 di setiap gambar

Kredit : Noratiqah Nordin

🩷🩷
Lebih banyak resepi simple dan lazat di sini 👇🏻
https://t.me/KoleksiResepiMudahUntukTersayang

Mini Macaroni BakarBahan2:🧀 1 pack macaroni 400gram🧀 1 tin sos Prego - Traditional🧀 1 tin sos Prego - Cendawan🧀 3-4 ketu...
29/09/2026

Mini Macaroni Bakar

Bahan2:
🧀 1 pack macaroni 400gram
🧀 1 tin sos Prego - Traditional
🧀 1 tin sos Prego - Cendawan
🧀 3-4 ketul cendawan butang (potong dadu)
🧀 Ayam/daging cincang Ramly
🧀 Sosej (potong dadu)
🧀 Bwg besar 1 labu (cincang)
🧀 Serbuk oregano/parsley
🧀 Telur (4-5 biji)
🧀 Cheese slice
🧀 add on mozarella cheese untk topping(optional)
🧀 Cup size kecil

Cara:
✨ Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu & minyak lebih kurang dalam 2-3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut,toskan.
✨ Tumiskan bawang sampai naik bau
✨ Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej & cendawan
✨ Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.
✨ Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api.
✨ Letak macaroni dalam bekas asing sbb nak gaul dengan telur.
✨ Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dlm cup kecil. Letak cheese slice & mozarella, tabur sikit serbuk parsley.
✨ Bakar suhu 170C 30 minit. Siap!

Resepi Oleh: Nuralia Idayu

Utk yg minta resepi:Saya buat utk 35pax.Sos spageti:1. 3 jenis sos spageti kimball (rujuk dalam gambar)2. Bawang holland...
25/09/2026

Utk yg minta resepi:

Saya buat utk 35pax.

Sos spageti:
1. 3 jenis sos spageti kimball (rujuk dalam gambar)
2. Bawang holland saiz besar 2 biji
3. Bawang putih 20 ulas
4. 800grm daging cincang Ramly (rujuk gambar)
5. 1 tin kecil 220g tomato puree Duchef (rujuk gambar)
6. Air
7. Garam gula serbuk perasa
8. 3 sudu lada hitam tumbuk (boleh kurangkan)

Cara:
1. Kisar bawang holand dan bawang putih lumat tanpa air
2. Tumiskan sehingga sedikit garing / masak
3. Masukkan daging cincang, tumiskan lagi sehingga daging masak betul, dan semua air daging kering sedikit
4. Masukkan 3 jenis sos spageti kimball.
5. Masukkan 1/2 botol air, ke dalam setiap botol sos kimball tadi, tutup dan goncangkan, tuang ke dalam periuk.
6. Masukkan tomato puree
7. Masukkan garam gula perasa dan lada hitam secukup rasa.

Spageti:
1. Saya guna 3 pack spageti kimball, masukkan kedalam air yg telah mendidih. Rebus sehingga masak, lebih kurang 15 minit.
2. Toskan dan masukkan ke dalam bekas makanan (rujuk gambar bekas yg saya gunakan. Kecil sahaja, utk kanak-kanak makan)

Selesai spageti dan kuah, boleh goreng sahaja meatball dalam kuali lain, angkat dan toskan.

Tuang sos spageti atas setiap spageti dlm bekas, letak 1 biji meatball, dan 1 tangkai kecil daun parsley (kalau tiada boleh pakai brocoli rebus, atau, tabur sahaja serbuk parsley, atau serbuk oregano, atau serbuk mix herbs).

Selesai

kredit : Aini Qamariah

Resipi Ayam Penyet Wong Solo1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam u...
22/09/2026

Resipi Ayam Penyet Wong Solo

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara

Ayampenyet Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Sambal_ayam_penyetUntuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil.

Kredit Empunya Resepi

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Ibu Ibu Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share