20/08/2025
Assalamualaikum & salam kasih buat semua pelanggan yang kami hormati,
Pertama sekali, kami nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan doa yang tak pernah putus. Anda semua ibarat keluarga buat kami, sebab tanpa anda, tak mungkin kami mampu bertahan sampai hari ini.
Ramai yang menanti-nantikan cabutan bertuah yang kami janjikan. Dengan penuh rendah hati, kami mohon maaf kerana cabutan tersebut perlu ditunda dahulu. Jualan sejak kebelakangan ini agak perlahan, kami khuatir jika diteruskan, hadiah yang dijanjikan lambat sampai kepada pemenang.
Kami tak mahu ada yang rasa tertipu atau kecewa. Sebab itu kami ambil keputusan untuk tangguh sebentar, supaya bila tiba masanya nanti, hadiah boleh terus diberi dengan cepat dan semua orang rasa puas hati.
Jangan risau, semua no cabutan pembeli masih sah untuk cabutan akan datang.
Kami mohon jasa baik tuan/puan untuk terus doakan dan sokong perniagaan kecil kami ini. InsyaAllah, bila keadaan lebih baik nanti, kami akan umumkan tarikh baru dan hadiah yang lebih bermakna untuk semua.
Terima kasih kerana sentiasa memahami. Moga Allah kurniakan kesihatan, rezeki yang luas, dan keberkatan hidup untuk tuan/puan semua. 🤲❤️