Apa yang menarik tentang Kembara Quro’? Apakah kelainannya berbanding dengan pakej-pakej umrah yang lain?
Pakej ini bukan sahaja untuk membawa kita beriktikaf di tanah yang menjadi saksi kenabian Baginda SAW (Makkah Al-Mukarramah), malah turut menyajikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati bagi merasai pengalaman bagaimana para ilmuwan terkenal seperti Ibnu Battuta, Imam Malik dan sahabat-sahabat yang lain dalam usaha mencari ilmu daripada murabbi mereka.
Objektif
1. Membentuk pertahanan sahsiah melalui pembinaan kesempurnaan solat bersumberkan ilmu, tatacara serta perlakuan yang tepat dan betul mengikut mazhab As Syafie.
2. Membangunkan kecintaan pada agama islam yang sebenar.
3. Menyemarakkan perhubungan melalui program pemantapan sahsiah diri.
4. Melestarikan hubungan insaniah melalui pembelajaran islam.
Visi & Misi
Visi: Program Kembara Quro sebagai pemangkin & melestarikan masalah social budaya ummah.
Misi: Melahirkan pemimpin masa depan yang mempunyaijati diri berteraskan jiwa islam.
Pendekatan
Beribadah sambil menimba ilmu dan transformasi minda secara ‘hands on’.
Aktiviti
Praktikal solat yang sempurna dan menghayati majlis ilmu serta sirah Rasulullah saw dengan menziarahi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Menerapkan nilai teras seperti Benar, Amanah, Sumbangan, Bijaksana, Empati dan menghormati, Bekerjasama dan Ulul Azmi (keteguhan jitu), berpandukan pemahaman dan tafsiran atas sifat para Rasul dan Nabi yang diceritakan dalam Al Quran.
Pendedahan tentang tingkah laku yang mengambarkan nilai-nilai teras yang telah diguna pakai oleh para Nabi dan Rasul melalui aktiviti pemurnian akidah dan ibadah serta akhlak yang memberi penekanan kepada proses diri (self discovery), membina maruah diri (self esteem) dan menetapkan peranan diri dengan orang lain dan masyarakat (role in society).