MySambalLAREEZ merupakan produk "ready to eat" yang dihasilkan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan nasi lemak kami. Produk sambal ini pada asalnya dibuat khas untuk dihidang bersama nasi lemak. Pada awalnya, kami menjalankan perniagaan nasi lemak di tepi-tepi jalan, di kawasan perumahan dan di kaki lima bank. Sambutan amat menggalakkan daripada para pelanggan termasuklah
tempahan sambal sahaja tanpa nasi. Para pelanggan ingin menghidangkan nasi lemak untuk keluarga tanpa perlu mengambil masa yang lama kerana sambal sudah siap tersedia tanpa perlu dimasak. Di atas sambutan terhadap sambal kami yang amat menggalakkan, maka kami telah mengeluarkan produk sambal serbaguna yang bukan hanya sesuai dimakan bersama nasi lemak tetapi juga bersama makanan lain seperti kuih burger mini malaysia, ikan goreng, ayam goreng, mee dan lain-lain makanan mengikut kreativiti pengguna. "READY TO EAT" .Hanya perlu buka penutup, tuang dan hidang bersama makanan pilihan.
2. 'Packaging' di dalam botol kaca untuk tahan lebih lama.
3. Menjimatkan masa para ibu yang berkerjaya atau sesiapa sahaja dalam penyediaan hidangan makanan.
4. Sesuai dibawa untuk travelling serta perkhemahan.
5. Rasanya yang enak dan aroma yang menyelerakan.
6. Produk tanpa bahan tiruan dan pengawet.
~ Dengan LAREEZ...Pasti Sedappp !!! ~