28/05/2026
Ramai tanya Oppa .. kenapa tak nak buka siang..
Sebenarnya , bukan Oppa tak nak buka time lunch... Dulu kedai ni ada kat Bangi... Tapi kedai tu warung tepi jalan...Oppa sewa ...
tapi sebenarnya ada dark side nya...
kedai tu binaan haram... Memula Oppa pun tak tahu ingat boleh dapat permit.. rupanya tak boleh...
Dan akhirnya pihak majlis datang cakap tak boleh meniaga kat sini... Nak kena roboh ni... Oppa pun akur dan cari kedai lain... its ok..
Oppa fikir kali ni kita cari proper shop lot... Tapi masa suntuk, cari cari.. jumpa cafe nak jual kat Kajang Prima ni... Oppa ingat ok...
So Oppa pun beli kedai ni.. dan convert jadi Ommason Signature...
Plan Oppa kat kajang ni bukan sekadar nak buka tengah hari , tapi nak buka dari pagi..
Nak bagi experience sarapan korea, lunch korean, dinner korea... tapi halal...
Nak rasa apa mak mak dan nenek nenek kat korea s**a hidangkan anak cucu diaorang...
Pajeon (파전).. mcm lempeng tapi ada daun bawang... Oppa nak pengalaman macam ni untuk semua..
Tapi... Percaya la setahun ni semua Oppa buat tak berapa menjadi kat sini... Kedai sunyi sepi...
so modal takder nak hire cukup pekerja nak cover operasi siang malam... sampai la baru ni viral asbab sahabat sahabat yang membantu...
So sekarang ni, Oppa nak tengok keadaan ... Oppa tak nak kelam kabut nak buat semua benda.. yang dinner ni bagi betul betul semua ok... dan pastikan boleh sustain lama... kalau ok next step kita cuba extend siang , but kita tunggu dulu lepas july ke ogos nanti... tu pun kalau jun ni tak jadi tutup la...
Kita rancang, Oppa tawakal sepenuhnya pada Allah SWT.