Resepi Kuih Muih Malaysia

Resepi Kuih Muih Malaysia Mengumpulkan Resepi kuih muih yang terbaik untuk anda.
(502)

Resepi Sea Salt Chocolate Chip CookiesBahan-Bahan:2 1/2 cawan tepung gandum1 cawan unsalted butter1 sdt baking soda1/2 c...
03/07/2022

Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan unsalted butter
1 sdt baking soda
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 sdt esen vanilla
2 biji telur, gred A
2 cawan semi-sweet chocolate chips
sea salt flakes untuk taburan
Cara Membuat:

1. Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak. Mixer gula pasir, gula perang dan butter.

2. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata. Masukkan chocolate chips, kaup rata.

3. Balut adunan dengan plastik wrap, simpan kedalam peti ais selama 1 jam. Ambil sedikit doh, susun diatas tray yang dilapik dengan baking paper.

4. Bakar pada suhu 180c selama 10-15 minit (mengikut oven masing-masing). Bakar sehingga hujung kukis agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.

5. Tambahkan sedikit chocolate chips diatas kukis dan taburkan sedikit sea salt flakes. Buat cepat selagi kukis masih panas dan masih lembut.

6. Biarkan sehingga sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Siap, selamat mencuba!

Nota: Rasa biskut ni agak manis, yang tak s**a boleh kurangkan s**atan gula pasir.

Kalau tak nak buat, boleh beli dengan admin di kedai shopee
admin
https://shopee.com.my/hnaperfume

RESEPI KUIH KOCI LABUBAHAN-BAHAN:250gm tepung pulut250gm labu (direbus + dilecek)1/2 cawan santan cair..jangan tuang kes...
29/04/2022

RESEPI KUIH KOCI LABU

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung pulut
250gm labu (direbus + dilecek)
1/2 cawan santan cair..jangan tuang kesemuanya..tuang sedikit2 untuk uli
Daun pisang secukupnya

CARA2:

1) Gaul labu dengan tepung hingga sebati..masukkan santan cair sedikit2..gaul/uli sehingga doh tidak melekat di tangan
2) Doh tadi buat bulat2 kesemuanya (anggaran berat ikut s**a) dan masukkan inti dalam doh (inti tu bulat2kan dulu)..bulat2kan semula
3) Didihkan air panas..setelah mendidih masukkan doh labu
4) Dah timbul..angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yang telah dimasak
5) Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api..siap..tak perlu kukus ye..nanti dadih santan akan mengeras sendiri

DADIH SANTAN

2 kotak santan 200ml + dengan air jadikan 1 liter santan..nak guna santan kelapa/segar..pastikan santannya cukup 1 liter..tak de s**atan yang tepat ye..kalau nak kurang dari 1 liter pun boleh
7 sudu tepung beras
7 sudu tepung jagung
3 helai daun pandan
Gula secukup rasa
Garam

CARA2:

1) Tuang santan dalam bekas..masukkan tepung berasdan tepung jagung..whish bagi sebati..tapiskan dalam periuk..masukkan daun pandan untuk aroma yang wangi
2) Masak atas api sederhana..perasakan gula dan garam mengikut selera masing2
3) Masak sampai likat..sampai dadih tu meletup2 untuk tahan lama

INTI KELAPA

1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/4 cawan gula
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

CARA2:

1) Masak gula merah + air sehingga larut..tapiskan
2) Masukkan kelapa..kacau2..masak sehingga nak kering..masukkan tepung untuk jadikan inti lebih kental.

Jemput ke LINK Di bawah Untuk mencuci mata dengan pelbagai pilihan yang di sediakan.

https://shopee.com.my/hnaperfume

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda.

RESEPI APAM PURIBAHAN-BAHAN:2 cawan tpg gandum1/2 sdk yis mauripan3 sudu gula2 1/2 airPewarna kuning1/2 sdk eno biru.Int...
27/04/2022

RESEPI APAM PURI

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tpg gandum
1/2 sdk yis mauripan
3 sudu gula
2 1/2 air
Pewarna kuning
1/2 sdk eno biru.
Intinye
Kelapa
Gula merah
Kacang tnh separuh hncur.

Cara2
Bncuh smua hingga sbati perap 10 minit last skli msuk eno..
Inti buat mcm kita nk buat kuih ketayap kcg greng dhulu tmbuk sparuh hncur dan hncurkn dan msukkn dlm inti klpa td

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shopee.com.my/hnaperfume

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI PUDING SERI AYUBahan210gm serbuk agar-agar3/4 cawan gula4 cawan air4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung..ban...
25/04/2022

RESEPI PUDING SERI AYU

Bahan2
10gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung..bancuh dulu dgn sedikit air
1 tin susu cair @ 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air..jadikan 2 cawan santan
3 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau/ikut s**a

Cara2 menyediakan:
1) Masak air dgn serbuk agar2 hingga mendidih..masukkan gula..daun pandan..kacau2 rata

2) Masukkan susu cair/santan..kacau2..
masukkan tepung kastard..kemudian secubit garam..kacau2 sebati hingga mendidih (sentiasa kacau)

3) Bahagikan adunan 2 bekas.. Satu utk putih..satu lagi warna hijau

4) Basahkan acuan seriayu..tuang yg warna putih separuh acuan/agak2..biarkan sedikit beku

5) Tuang adunan agar2 yg warna hijau hingga penuh acuan..sejukkan dlm peti sejuk

6) Dah keras/sejuk..boleh keluarkan puding dari acuan..sedap menikmati puding ni sejuk2

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shopee.com.my/hnaperfume

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI KUIH LOPESBAHAN2:3 cawan beras pulut2 cawan santan cair1/2 cawan air3 helai daun pandanSedikit garamSedikit air k...
23/04/2022

RESEPI KUIH LOPES

BAHAN2:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air kapur.. Tak nak letak pun boleh
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam.. Gaul

CARA2:
1) Cuci beras pulut.. Rendam 1 jam lebih.. Masukkan sekali sedikit pewarna hijau dan air kapur

2) Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air.. Tapiskan

3) Kemudian toskan beras pulut.. Masukkan dlm loyang..( nak alas loyang dgn daun pisang pun boleh).. Tuang sekali dgn santan, air pandan dan sedikit garam.. Nak pulut nampak lagi cantik.. Tambah beberapa titis lagi pewarna hijau

4) Kukus pulut tadi selama 40 - 50 minit

5) Atau boleh juga pulut tu kukus separuh masak.. Kemudian letak pulut agak2 dlm daun pisang.. Gulungkan..ikat kiri dan kanan daun pisang dgn tali yg sesuai.. Kemudian kukus semula sampai masak

6) Kemudian tunggu sejuk.. Potonglah ikut bentuk yg dis**ai.. Golekkan dlm kelapa parut putih

AIR GULA MELAKA
1 1/2 ketul gula melaka
1 cawan air
3 helai daun pandan.. Simpulkan
Sedikit garam

CARA2:
1) Masak sampai larut gula melaka/likat.. Kemudian tapiskan

2) Sedia untuk dimakan bersama kuih lopes tadi

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shopee.com.my/hnaperfume

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI TAPAI PULUTBahan-Bahan1 kg beras pulut1/2 biji ragi ditumbuk halusdaun getah/daun pisang secukupnyaCara-cara Meny...
21/04/2022

RESEPI TAPAI PULUT

Bahan-Bahan

1 kg beras pulut

1/2 biji ragi ditumbuk halus

daun getah/daun pisang secukupnya
Cara-cara Menyediakan

1-Tanak pulut hingga masak..TIP untuk mengelakkan pulut lembik..samakan s**atan pulut dengan s**atan air yang dimasuk..contohnya 5 cawan pulut=5 cawan air…

2-Apabila pulut masak,keluarkan dari periuk dan ratakan dalam dulang..

3-Biarkan pulut tadi sejuk dan ayak ragi di serata permukaan pulut..

4-Kemudian,terbalikkan pulut..dan ayak lagi sekali agar ragi serata ke semua bahagian pulut..

5-Bungkus pulut tadi dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama 2 hari..

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI ASAM GUPPABahan-bahan:4 cawan sagu8 cawan air panas1 biji kelapa - diambil santannya1 inci halia - di potong mema...
19/04/2022

RESEPI ASAM GUPPA

Bahan-bahan:
4 cawan sagu
8 cawan air panas
1 biji kelapa - diambil santannya
1 inci halia - di potong memanjang
2 ulas bawang merah - di mayang
1 helai daun pandan
2 sk halba
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
air secukupnya untuk masak inti kacang
daun pisang

Cara-cara:

1. masakkan kacang hijau bersama air & gula sehingga empuk dan pecah.
2. kacau sehingga kering. matikan api dan biarkan sehingga sejuk
3. bulat2kan inti sebesar biji guli dan ketepikan
4. rendamkan sagu bersama air panas (air yang betul2 mendidih). tunggu sehingga sejuk.
5. kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
6. Letakkan dalam kukusan yang di alas dengan foil atau daun pisang. Kukuskan sagu sehingga masak. 15-20 minit.
7. untuk kuah, masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
8. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
9. Sejukkan dan hidangkan

Jemput ke LINK Di bawah Untuk mencuci mata dengan pelbagai pilihan yang di sediakan.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda.

RESEPI KUIH PUTERI MANDIBahan-Bahan:1 paket tepung pulut1/2 cawan tepung beras2 1/2 cawan air daun pandanBahan Inti –1 b...
17/04/2022

RESEPI KUIH PUTERI MANDI

Bahan-Bahan:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Inti –
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya l***r. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.

Jemput ke LINK Di bawah Untuk mencuci mata dengan pelbagai pilihan yang di sediakan.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda.

RESEPI KUIH BUAH KERIABahan- Bahan300 gm tepung pulut250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar ...
15/04/2022

RESEPI KUIH BUAH KERIA

Bahan- Bahan
300 gm tepung pulut
250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yg lebih harum)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan lain
Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sediiit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.

Resepi inti kacang hijau

1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk...jimat gas)
1 keping gula nise
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air utk merebus

Rebus kacang hingga empuk. Air jgn banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air. Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer

Jemput ke LINK Di bawah Untuk mencuci mata dengan pelbagai pilihan yang di sediakan.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda.

RESEPI KUIH AKOK KELANTANBahan-Bahan: (21 biji)5 biji telur200 ml pati santan100 ml air150 gram gula melaka/gula kabung-...
13/04/2022

RESEPI KUIH AKOK KELANTAN

Bahan-Bahan: (21 biji)
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka/gula kabung-racik halus.
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara Membuat:
1. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (Adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.
3. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200’C. Griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven.
4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut. Isi penuh acuan. Bakar selama 15 minit, suhu diturunkan ke 180’C. Guna api atas dan bawah.
5. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Sejukkan seketika dan hidangkan.

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI LEPAT LIATBahan-bahan :1. 1 Kg tepung pulut2. 3 cawan Gula merah3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk man...
11/04/2022

RESEPI LEPAT LIAT

Bahan-bahan :

1. 1 Kg tepung pulut
2. 3 cawan Gula merah
3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
4. 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 15 cawan
5. Sedikit garam
6. Daun pandan

Cara-cara :

1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap...

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

RESEPI KUIH ABUK ABUKBAHAN-BAHAN:1) 1 1/2 cawan sagu biji2) 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)3) Garam secukup...
09/04/2022

RESEPI KUIH ABUK ABUK

BAHAN-BAHAN:
1) 1 1/2 cawan sagu biji
2) 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
3) Garam secukup rasa
4) Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
5) Daun pisang
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan

Cara Membuat Resepi Kuih Abuk-Abuk:

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 10-15 minit.

Lebih Pelbagai Pilihan Di Sini. Untuk menjadi pilihan anda, Jemput ke link di bawah:.

https://shp.ee/iadh72t

Selamat Mencuba
LIKE dan SHARE Resepi IniUntuk Perkongsian Bersama.
Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Kuih Muih Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share