Dapur Usong

Dapur Usong Dapur Usong diberi nama sempena Semua makan akan dihantar terus kepada pelanggan "Usong Noodle kepda pelanggan" Harga�

Mee Kari RM6/Pax
Asam Laksa RM5/Pax

Resepi Simple Ayam Masak KicapBahan-bahan* 1/2 ekor ayam (potong kecil)* 3 ulas bawang putih* 2 ulas bawang merah* 1 bij...
10/05/2026

Resepi Simple Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan

* 1/2 ekor ayam (potong kecil)
* 3 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 1 biji bawang besar (hiris bulat)
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 sudu besar sos tiram
* Sedikit garam & gula
* Cili merah / cili padi (ikut s**a)
* Minyak untuk menumis

Cara Masak

1. Gaulkan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
3. Masukkan ayam goreng tadi.
4. Tambah kicap manis, sos tiram dan sedikit air.
5. Kacau rata dan biar kuah pekat sedikit.
6. Masukkan bawang besar dan cili.
7. Siap dihidang dengan nasi panas 😋

Petua: Lagi sedap kalau guna kicap lemak manis dan biarkan kuah pekat melekat pada ayam.

10/05/2026
25/04/2026
Resepi Meatball Ala Ala Ikea📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya📌 Kentang Putar3 biji ubi kentang ...
15/06/2022

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

📌 Kentang Putar

3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)

1 sudu besar butter

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1/4 sudu teh garam halus

3 sudu besar susu full krim

👉 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

👉 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

👉 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

📌 Sos Gravy

2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2¹/² cawan air

1 ketul kuib pati daging Knorr

1/4 cawan susu cair

1/2 sudu kecil gula

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

👉 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

👉 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

👉 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

👉 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.

Selamat Mencuba 😀

Kredit: Nazri Ahmad

RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAHBAHAN UNTUK NASI JAGUNG:3 cawan beras1 cawan isi jagung1 cawan susu cairA...
12/03/2022

RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAH

BAHAN UNTUK NASI JAGUNG:
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1sk garam
BAHAN TUMISAN:
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul
BAHAN KISARAN:
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cm halia
CARA MENYEDIAKAN NASI JAGUNG:
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.

2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.

3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.

4. Pindahkan periuk dlm rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.

5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau2 guna garfu.
BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH:
6 ketul ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Secukup rasa garam, gula & perasa
BAHAN KISARAN:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus
CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH:
1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.

2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika b*k) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised br dikacau. (untuk meghasilkan warna kuah yg menarik)

4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
BAHAN UNTUK JELATAH:
1/2 batang timun
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sb gula pasir
1 sk garam halus
4sb cuka
CARA MENYEDIAKAN JELATAH:
1. Satukan semua bahan & sayuran yg dipotong memanjang. Kacau sebati.
Kredit resepi : izanizawati Ismail‎

RESEPI LAKSA JOHORBahan-bahannya :-1 paket Spaghetti (direbus)BAHAN A :-5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengi...
04/03/2022

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan-bahannya :-

1 paket Spaghetti (direbus)

BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)

BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai

1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto

Bahan Ulaman/hiasan :-

Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.

4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.

5. Masukkan air asam jawa.

6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.

8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.

Kredit:Fauziah Ali

AIR ASAM Colek Ikan BakarCili padi 10bijiCili besar 2 bijiTomato 1bijiBelacan 2 ibu jari- goreng dengan myk sikit.Lepas ...
11/02/2022

AIR ASAM Colek Ikan Bakar
Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
Blend semua.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
Ps: kalau s**a pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg b*k lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
Nak rebus kerang masuk dlm air asam ni pun boleh

ini2 ni pun dh rasa sedap sgt hirup kuah...semua ada..semua benda main campak2 je..udang, sotong, daging, ayam, fishball...
10/02/2022

ini2 ni pun dh rasa sedap sgt hirup kuah...semua ada..semua benda main campak2 je..udang, sotong, daging, ayam, fishball, fishcakes...janji kenyang.. Alhamdulillah

Resepi mee rebus utara/mee sup selatan

6 ulas bwg putih
1 inci. Halia
( Dicincang)
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Minyak utk menumis
2 Kiub ayam knorr
sedikit gula
Garam jika perlu (sbb kiub dh masin so rasa dulu sblm letak garam ya)
Mee kuning ( dicelur)
Daging
Air rebusan daging
Ayam
Sotong
Udang
Fishball
Fishcake
Sawi
Carrot
Kobis bunga
Lada merah + lada hijau (hiris)
Daun sup + daun bwg
Bawang goreng

Cara:
Panaskan minyak tumis bahan yg dicincang.
Dah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.
Ayam dah masak, masukkan mee yg dh dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.
Masukkan sayur2an, perasakan dgn lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
Last tabur daun sup+ daun bawang & bwg goreng...siap!!!

kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee x menyerap kuah ya
direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya

kredit: faizah sharip

Hari ni kita masak Tomyam putih..Tomyam kes**aan keluarga semestinyaTomyam putih..sgt sdp di mkn dgn nasi pns sambil men...
10/02/2022

Hari ni kita masak Tomyam putih..

Tomyam kes**aan keluarga semestinya

Tomyam putih..sgt sdp di mkn dgn nasi pns sambil menghirup kuahnya😋😋

Sye share resepi utk anda mencuba msk .

Bahannya

1 keping dada aym( potong kecil)

Sedikit udang dan sedikit sotong

1 biji bwg bsr di hiris

2 biji bwg putih ketuk

3 btg serai ketuk

3 inci lengkuas

6 biji cili padi ketuk

1 cube aym megi

2 sudu sos ikn

Sedikit garam dan serbuk perasa

1 biji tomato , lobak merah,bunga kobis

3 helai daun limau purut

2 biji limau nipis perah ambil jus nye

Caranya - mudah je

Tumis bwg putih dgn sedikit myk hingga naik bau + Aym dan rebus dgn 3 cwn air hingga didih ..masukkan bwh bsr, halia dan lengkuas cili padi dan cube aym + lobak merah dn bunga kobis+ serai + sotong dn udang msk hingga didih + sos ikn+ daun limau purut dn jus limau + sikit gula dan garam dn serbuk perasa jika s**a + 2 sudu santan atau susu cair pun boleh..renihkan sekejap ..mas**an tomato yg telah dipotong .dan taburkan dgn daun saderi yg tlh dipotong kecil...aroma nye menyengat😋dan sgt sdp...slmt mencuba

Kredit Sumber : rehan husin

 #1 Udang KhampedBahan-bahan:1 kg udang (digoreng dengan garam dan kunyit)2 sudu cili kisar1 sudu pes tomyam1 sudu sos t...
09/02/2022

#1 Udang Khamped

Bahan-bahan:
1 kg udang (digoreng dengan garam dan kunyit)
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 keping asam keping
Kacang panjang (optional)
Garam
Gula
Daun limau purut
Bahan kisar halus:

2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai (dipotong halus)
2 biji cili hidup merah
5 biji cili api hijau
Cara-cara:
Panaskan minyak bekas gorengan udang dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan asam keping dan masak hingga mendidih.
Jika kering, masukkan air.
Masukkan udang, kacang dan daun limau purut. Perasakan.
Sedia untuk dihidang.

Kredit: Ida Zairi

Anak saya makan ayam kicap ni sambil cakap sedap betul la mami..Nah sy bg resepi siap2..1/2 ekor ayam (garam kunyitkan g...
09/02/2022

Anak saya makan ayam kicap ni sambil cakap sedap betul la mami..

Nah sy bg resepi siap2..

1/2 ekor ayam (garam kunyitkan goreng dulu)
2 biji kentang (goreng dulu)

Bahan tumbuk
1 biji bwg merah
1 inci halia
2 ulas bwg putih
1 biji buah keras

Bahan hiris
1 biji bwg merah
1 ulas bwg putih
2 hiris halia

Bahan lain
1 btg serai (ketuk)
4 sekawan
2 pelepah daun kari
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar perencah sup
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu sos tiram
kicap manis/masin ikut kesesuaian
Kicap manis abc
Garam / gula

Bahan hiasa
Bwg besar potong bulat
Cili hijau/merah
Daun bwg

Tumis bahan hiris dulu, masukkan serai.. masuk bahan tumbuk, 4 sekawan, daun kari, cili kisar, perencah sup & serbuk kari tumis sampai naik myk. Masukkn 1 sudu gula.. Letak air skit kalo terlalu kering.. Dh pecah myk masuk sos tiram, kicap abc & kicap manis/masin.. Kalo pekat sgt tmbah air.. Masuk ayam & kentang.. Gaul2 masuk bahan hiasan..

Credit : Ida Zairi

Address

Taman Sedara
Kuala Lumpur
16060

Telephone

+601116842745

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Usong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share