Dusun Astakona

Dusun Astakona Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dusun Astakona, Farm, Kampong Gerik.

Putik bunga durian.Hari ini 12/2/2026.
12/02/2026

Putik bunga durian.
Hari ini 12/2/2026.

CnP!ASTAKONA, TAPAK LAPAN DAN ILMU IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL) DI ALAM MELAYU Antara lagu yang saya s**a dengar ialah Taman...
16/06/2024

CnP!

ASTAKONA, TAPAK LAPAN DAN ILMU IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL) DI ALAM MELAYU

Antara lagu yang saya s**a dengar ialah Taman Astakona, lagu yang masyhur pada tahun 90an. Mungkin ramai dari kita yang tidak mengetahui maksud 'Astakona'.

Astakona adalah perkataan bahasa Melayu yang membawa maksud segi lapan (oktagon). Bentuk segi lapan ini sering dipaparkan oleh nenek moyang kita pada tiang-tiang rumah dan adakalanya dipahat pada ukiran-ukiran rumah.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari kajian-kajian di lapangan, bentuk astakona ini sangat berkait rapat dengan Tapak Lapan iaitu ilmu ikhtiar hidup masyarakat di Alam Melayu.

Suatu ketika dahulu, setiap orang dalam masyarakat di Alam Melayu mesti menguasai sekurang-kurangnya lapan jenis ilmu mata pencarian hidup supaya mereka boleh membina kehidupan mereka dan tidak hidup melarat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Ilmu tapak lapan ini juga akan diterapkan pada anak-anak sejak dari kecil lagi. Inilah antara silibus pendidikan tidak rasmi anak-anak di Alam Melayu.

Ilmu Tapak Lapan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Bercucuk tanam dan berternak
2) Menangkap ikan
3) Bertukang
4) Bernira (menghasilkan bahan pemanis)
5) Meneroka hasil hutan
6) Mendulang (meneroka sumber galian)
7) Kerja-kerja seni (mengayam, mengukir, menjahit, menempa dll)
8 - Berniaga

Ibrah yang kita boleh ambil dari nenek moyang kita ialah mereka memiliki pelbagai kemahiran hidup (multiple skills). Ini contoh 'gah' nya mereka dan ini bukan retorik.

Insya Allah saya akan mengeluarkan buku tentang Ilmu Tapak Lapan ini nanti dan akan dijadikan salah satu bentuk modul pendidikan mengikut kesesuaian zaman di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara.

Mohon tuan-tuan dan puan-puan doakan saya

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Address

Kampong Gerik
33300

Telephone

+60192608440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dusun Astakona posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category