18/06/2026
WADI HAYAT BUKA KE?
Kami tutup sepanjang Ramadhan yang lalu dan bercadang kembali beroperasi ketika Syawal.
Syawal penuh dengan 'Open House' sana sini. Kawan2, sedara mara, jiran tetangga. Tak sempat masuk kembali ke Wadi Hayat hujung minggu.
Habis syawal, Bonda pulak sakit pada usianya 77 tahun. Ditahan wad selepas dirujuk ke Hospital Kuala Kangsar dan ke Hospital Taiping. Sebulan lebih di hospital, sampai turut ditahan di Hospital Putrajaya. Saya terbabit jugak ulang alik Kajang-Kuala Kangsar, jadi kesuntukan masa dan penat.
Saya sdg merancang utk ubah Wadi Hayat dari restoran kepada CAMPSITE.
Apa pandangan semua?