Fatin Sarman KDV Terengganu

Fatin Sarman KDV Terengganu Jom Raikan Kegembiraan Bersama KDV !! ๏ฟฝ Pastikan korang makan kek durian viral bersama insan yang

23/09/2022

Cantik ayat ni ...!

Kadang - kadang sahabat yang s**a belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang s**arela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?".....

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Dunia ini hanya sementara..


Kisah ni memang sangat membuka mata saya dan ubah cara saya berfikir. Saya lihat anak-anak dan suami dengan cara yang be...
16/09/2022

Kisah ni memang sangat membuka mata saya dan ubah cara saya berfikir. Saya lihat anak-anak dan suami dengan cara yang berbeza.

Ini kisah kawan saya, Kak Ti. Dia tua 3 tahun je dari saya. Sebab tu, apa yang berlaku pada dia, sangat dekat dengan saya.

Kak Ti ni orang yang sangat pandai berdikari. Tegas juga dengan anak-anak. Walaupun dia surirumah, tapi dia sangat pandai cari duit. Cergas dan ceria orangnya. Paling penting, sangat banyak mulut. Dia jenis out spoken. Dia akan Cakap je apa yang dia rasa betul.

Saya pernah tanya dia pasal "Me-Time." saya sangat percaya yang setiap perempuan yang bergelar isteri ni, mesti ada me-time. Untuk refresh kan balik diri, untuk bagi ruang pada diri sendiri.

Suami pun kena "give and take." Isteri dah penat layan dan uruskan anak-anak, suami kena bertolak ansur lah sikit. Isteri bantu cari duit, suami bantu juga urusan rumah. Kan best macam tu. Aman harmoni rumah tangga.

Jawapan Kak Ti ni memang menusuk jiwa saya. Sangat membuka mata saya.

"Sri, suami yang baik ni memang ramai. Yang nak bantu isteri uruskan hal-hal rumah, tengokkan anak sama-sama, memang ada. Tapi kebanyakannya memang buat donno je.

Kau mop lantai, anak menangis nak makan, nak mintak basuh berak, dia rileks je main handphone. Baru kau berlari nak basuh berak anak, sorang lagi anak dah meraung tergelincir pijak tempat kau mop. Tapi laki kau masih cool. Sakit tak hati kau? "

Memang laju je saya mengangguk. Kita huru hara dengan anak-anak, empatilah sikit kan? Anak kita kot. Bukan anak aku sorang.

"Kau pun marah kan? Kau mesti nak me-time kan?" tanya Kak Ti.

Eh, mestilahhh!

Kalau dah semua benda nak buat cool, ni memang mencetuskan pergaduhan!

Kak Ti senyum.

"Kau tau Sri, dulu, akak pun fikir macam kau. Kadang-kadang jadi benci kat suami sendiri sebab aku tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Mandi pun terkejar-kejar, solat pun cepat-cepat. Aku sampai terfikir, baik aku hidup sorang-sorang. Semua benda pun aku buat sendiri. Apa bezanya!

Tiba-tiba, suami aku sakit.
Allah macam jawab kata-kata aku. Aku buat semuanya sendiri. Termasuklah cari duit untuk keluarga kecil aku ni.

Aku buat semua dan jaga suami aku dengan harapan dia akan sembuh. Aku pelik, sebab sejak suami aku sakit, aku tak pulak stress nak marah suami nak marah anak-anak.

Rupanya, sebab aku tak bergantung dah pada manusia. Aku tak berharap dah pada suami aku untuk tolong. Aku buat je semua. Siap ada masa untuk tahajjud, untuk dhuha. Time suami aku sihat, aku jarang snagat dapat buat benda ni. Betul, kalau kau berharap pada manusia, kau akan jumpa banyaknya kecewa.

Waktu ni, aku memang takde me-time langsung! Aku penat sangat tapi aku sangat puas hati buat semua tugas aku dengan gembira.

Aku tak perlukan me-time, tapi aku sangat-sangat perlukan We-time. Aku rindukan suami aku yang s**a bergurau, aku rindukan saat dia balik kerja dan anak-anak berlari peluk dia. Aku rindu sangat masa dia layan anak kecik aku ni main kuda-kuda.

Suami aku ada sisi buruknya, tapi aku terlupa yang dia juga ada banyak sisi baik yang aku tak nampak waktu dia sihat dulu.

Nanti, bila anak-anak kau dah besar, kau me-time lah sampai pengsan. Sekarang ni, anak-anak kecik-kecik, memang kau akan penat berganda-ganda. Tapi ni lah we-time yang akan kau rindu sampai mati. "

Saya terdiam. Terbayang wajah suami dan anak-anak. Tak tahulah apa jadi kalau saya berada di tempat dia.

Saya harapkan pasangan yang sempurna, yang faham bila kita perlukan bantuan, tapi saya lupa, saya sendiri banyak tak sempurna. Kurang di sini sana.

Tahun ni, hampir 10 orang kawan sebaya saya, yang dipanggil Tuhan. Terasa cepatnya Tuhan ambil kembali hak Dia. Tapi dah memang hakikat mati tak pernah kenal usia.

Kak Ti sendiri, sudah kehilangan suami.

"sri, kau ada suami, ada anak-anak, kau hargai lah! Tak perlu fikir berapa banyak kau dah korbankan, tapi fikir je yang kau cuma nak beri, beri dan beri. Itu semua pahala yang kau tak nampak. Kau memang akan penat, tapi kau ikhlas kan aje. Dunia kan tempat berpenat. "

Saya menangis.

Rasa kerdilnya diri.

Saya banyak merungut bila penat uruskan rumah. Tak nampak dah yang semua tu ladang pahala. Dalam hati ni Kadang-kadang termaki hamun juga suami. Ikhlasnya hilang. Penat je yang tinggal.

Kita ni, memang bila dah rasa kehilangan, baru tahu nak belajar menghargai. Padehal, kita boleh je belajar memberi dan menghargai sementara semua orang yang kita sayang ada di depan mata.

Kredit FB:
Sri A'jilah Samsir,
: Benda boleh hargai, kenapa nak pertikai itu ini.


Yang tak dapat turun ke stadium, meh pakat sorak ramai2 tayangan skrin besar sek kito...siap ada cabutan bertuah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
10/09/2022

Yang tak dapat turun ke stadium, meh pakat sorak ramai2 tayangan skrin besar sek kito...siap ada cabutan bertuah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ & ๐Ÿฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฏMARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati dir...
31/08/2022

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ & ๐Ÿฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Sila layari Portal Rasmi MARA:
http://www.mara.gov.my

Kredit FB: MAJLIS AMANAH RAKYAT


Petua nak hilangkan baran ni ada caranya.Bila rasa nak marah, ketap bibir dan terus pandang tempat lain. Capai air masak...
28/08/2022

Petua nak hilangkan baran ni ada caranya.

Bila rasa nak marah, ketap bibir dan terus pandang tempat lain. Capai air masak dan minum sekurang-kurangnya dua gelas.

Kemudian pergi ambil wudhu dan buat solat taubat.

Kalau wanita yang tak boleh solat. Lepas dah minum air tu, pandang tempat lain, buat kerja lain.

Sebenarnya kalian boleh nak marah, mungkin masalah tu boleh selesai dan kesalahan tu tak berulang.

Tetapi ada hal yang kekal.

Iaitu pasangan akan terasa hati dan ingat sampai bila-bila.

Yang itu yang tak seronok.

Titik kebahagiaan seseorang terletak di hati.
Perasaan yang ada dalam itu, kalau kita nak buat dia gembira. Maka jangan kita bagi dia terasa dan terluka.

Kadang, hal yang timbul ni bukannya hal besar.

Boleh kata hal yang kecil sahaja terus diperbesarkan.

Para pasangan suami isteri di luar sana,

Boleh saja kita selesaikan dengan cara lain tanpa perlu marah pasangan kita.

Kita boleh pilih untuk berbincang tanpa guna kata-kata berapi.

Kita boleh pilih untuk berbincang pada masa dan tempat yang sesuai dan privasi.

Buang atau kawal sikap cepat nak melenting, cepat nak marah, panas baran ni sebab ia sifat syaitan.

Syaitan s**a kita ikut sifatnya.

Moga kita berlepas dari sifat amarah ini dan jadi manusia yang tenang dan sabar menghadapi sebarang ujian.

Perbaiki dan perbetulkan sebelum terlambat.

Kredit: Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Jangan marah-marah, nanti kena jual. Hehe!


Event super k-car di Terengganu Drawbridge.Kredit : Passo Boon MelakaP/S: Memang cantik view dia, sesuai untuk event๐Ÿ‘๐Ÿ‘  ...
20/08/2022

Event super k-car di Terengganu Drawbridge.

Kredit : Passo Boon Melaka

P/S: Memang cantik view dia, sesuai untuk event๐Ÿ‘๐Ÿ‘




15 adab kita yang anak akan cepat tiru.1 - Panggil orangKalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak p...
17/08/2022

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap
Kita s**a cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk
Kalau kita s**a mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Wallahu Aโ€™lam,

Sumber : Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)

"Ibu kepada kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi memberitah...
01/08/2022

"Ibu kepada kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Berita tersebut dimaklumkan menerusi platform Instagram miliknya sebentar tadi.

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.

Dan, apa yang lebih menyedihkan apabila si ibu itu meluahkan rasa gagal kerana tidak memberi perhatian kepada Ainul.

Terbaharu, Nurul Erwani sempat menitipkan pesanan kepada semua orang agar lebih berwaspada meskipun hanya duduk di rumah sahaja.

โ€œSekarang ini virus ada di mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah sahaja, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ini jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.โ€tulisnya.

Di ruangan komen, orang ramai berdoa agar adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala dan diharapkan orang tua Ainul tabah menghadapi dugaan ini.

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Semoga Adik Ainul Cepat Sembuh ๐Ÿคฒ

Sumber: Instagram



Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.1. Berdamai dengan masa silam.Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehid...
19/07/2022

Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa โ€˜menyembuhkanโ€™ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak โ€˜judgeโ€™ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa s**ar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.

Kredit : Al Amin




DUGAAN FASA AKHIRCEO UC Travel baru sampai di KLIA dikelilingi PDRM untuk memberi keterangan kepada semua jemaah. Dikata...
08/07/2022

DUGAAN FASA AKHIR

CEO UC Travel baru sampai di KLIA dikelilingi PDRM untuk memberi keterangan kepada semua jemaah. Dikatakan PASSPORT masih belum diterima dari seorang Dato bernama DATO AIN yang berurusan dengan HAJI SHAHAIRI. Cerita lanjut rujuk pihak UC Travel Sdn Bhd.

Ramai jemaah sudah mula bergerak untuk persediaan wukuf di Arafah esok. SubhanaAllah.

Mohon tolong doakan agar urusan bakal jemaah haji dipermudahkan dibuka kesulitan pada visa. ๐Ÿ˜”

Kredit: Saudagar Holidays

Note: Ceo UC Travel telah memberi keterangan mengenai kejadian tersebut pada pihak polis. Doakan perkara ini selesai secara baik kerana memang jemaah tidak sempat untuk sampai ke sana dan masih menunggu passport mereka.




NEW KDV BABY PRODUKโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธMemperkenalkan Kek Tapak Kuda Hipster dari KDV Bakery๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ Stock terhad untuk raya haji ni tau, kita...
05/07/2022

NEW KDV BABY PRODUKโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Memperkenalkan Kek Tapak Kuda Hipster dari KDV Bakery๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Stock terhad untuk raya haji ni tau, kita boleh COD dan juga pos seluruh Malaysia kali ni๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Belum cuba belum tahu, ada pelbagai perisa yang bakal membuat anda nak rasa kesemuanya๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Nama kek: Kek Tapak Kuda
Saiz : 10' inci (22cm/23cm)
Perisa: Pelbagai
Penghantaran: COD/Pos
Cara simpan: Freezer/Chiller

Klik link di bawah untuk lihat katalog kami dan tempahlah sekarang๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

http://wa.me/c/60182834008






 : Wajah sayu seorang anak sulung, Mohd. Ziad Hadis, 10, bersama bapanya, Shahrudin Aziz, 51, semasa pengebumian ibu, Ma...
26/06/2022

: Wajah sayu seorang anak sulung, Mohd. Ziad Hadis, 10, bersama bapanya, Shahrudin Aziz, 51, semasa pengebumian ibu, Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua adik lelaki, Mohd. Ziyad Zikri, 7, dan Mohd. Ziyad Haziz, 5, dalam satu liang kubur di Tanah Perkuburan Masjid Az-Zaitun,Kampung Lengkuas, Alor Setar sebentar tadi.

Insiden sebuah kereta tenggelam di sungai selepas kemalangan di Jambatan Datuk Syed Omar sempadan daerah Kuala Muda dan Baling semalam. Mangsa tiga beranak itu ditemui berpelukan dalam kereta pagi tadi. - Shahir Noordin

Al-Fatihah ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“ธ: Media Mulia

Kredit: ohbulan

Address

Kampong Permaisuri

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fatin Sarman KDV Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fatin Sarman KDV Terengganu:

Share