Ayam Geprek Walaweh

Ayam Geprek Walaweh Mulakan dengan Bismillah , akhir dengan tambah n Alhamdulillah

PROMOSI PANAS !!! 🥵🧨Hai pencinta-pencinta kepedasan, ada berita baik ! 💣Hanya hari ini sahaja, anda boleh dapatkan sebun...
21/01/2024

PROMOSI PANAS !!! 🥵🧨

Hai pencinta-pencinta kepedasan, ada berita baik ! 💣
Hanya hari ini sahaja, anda boleh dapatkan sebungkus percuma untuk pembelian dua bungkus dan keatas. Jangan lepaskan kesempatan ini !

Pesan sekarang dan nikmati rasa luar biasa yang hanya anda boleh dapatkan dari kami✅


SEJARAH PENUBUHAN WALARIZ🍗🌶️Kedai Walariz merupakan pembekal utama bagi produk kami, justeru para pelanggan mesti nak ta...
21/01/2024

SEJARAH PENUBUHAN WALARIZ🍗🌶️

Kedai Walariz merupakan pembekal utama bagi produk kami, justeru para pelanggan mesti nak tahukan sejarah di sebalik kedai yang menyajikan nasi ayam geprek yang lazat dan beraroma ini.😆

Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Muhammad Hariz Ruslan👨‍🍳 yang memulakan perniagaan ini sekitar bulan Disember tahun 2018. Menurut beliau, bajet awal sewaktu memulakan perniagaan ini hanyalah RM100 dan dimulakan dengan kaedah Cash On Delivery (COD) dari rumah ke rumah, kemudian berkembang dan dapat mendirikan khemah jualan hinggalah akhirnya mempunyai kedai fizikal tersendiri.


Ada manfaat ke ? 🤨Dari segi perubatan, cili sebenarnya mengandungi pelbagai manfaat kesihatan. Vitamin C di dalamnya bag...
21/01/2024

Ada manfaat ke ? 🤨

Dari segi perubatan, cili sebenarnya mengandungi pelbagai manfaat kesihatan. Vitamin C di dalamnya bagus untuk mengekalkan sistem imun badan. Selain itu, sebatian capsaicin dalam cili juga diyakini mampu mengurangkan paras kolestrol dan mengelakkan penyumbatan pada saluran darah, seterusnya meminimumkan risiko serangan jantung. Namun harus diingatkan makanlah secara berpada-pada😉🎓

Sedikit ilmu untuk diamalkan oleh kita semua ya gesh🙆🏻‍♂️


KHASIAT AYAM YANG PERLU KAMU TAHU ! 1) Daging ayam adalah sumber yang baik untuk Vitamin B yang melindungi tubuh daripad...
21/01/2024

KHASIAT AYAM YANG PERLU KAMU TAHU !

1) Daging ayam adalah sumber yang baik untuk Vitamin B yang melindungi tubuh daripada kanser.
2) Mineral Selenium yang terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam ayam penting untuk metabolisme hormon tiroid, sistem pertahanan anti-oksida dan fungsi sistem imun dalam badan.
3) Protein yang tinggi memberi tenaga yang mencukupi kepada badan untuk berfungsi dengan betul.
4) Fosforus dalam kandungan ayam membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, serta memastikan fungsi buah pinggang, hati dan saraf pusat yang sihat.


Kamu nak tahu ke cemana sambal geprek dibuat yeop ?! Begini caranya 👇🏻🌶️✅ Bahan-bahan yang perlu ada :Cili padiCili besa...
21/01/2024

Kamu nak tahu ke cemana sambal geprek dibuat yeop ?!
Begini caranya 👇🏻

🌶️✅ Bahan-bahan yang perlu ada :

Cili padi
Cili besar yang dicincang kasar
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam

Cara-cara :

1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan semua bahan.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan p**a minyak bekas goreng ayam yang masih panas dari kuali supaya sambal sedikit masak, tidak terlalu mentah.
5. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
6. Dah siap, boleh dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba! 🥵


"Rasakan sensasi kelazatan Ayam Geprek Walaweh, dengan kerangupan ayam yang juicy dan sambal geprek yang pedas menggoda....
31/12/2023

"Rasakan sensasi kelazatan Ayam Geprek Walaweh, dengan kerangupan ayam yang juicy dan sambal geprek yang pedas menggoda. Nikmati kelazatan cita rasa khas yang membuat setiap gigitan istimewa. Pesan segera dan nikmati pengalaman keenakan yang tak terlupakan!"

Hidangan Utama yang terdapat di Ayam Geprek Walaweh
03/12/2023

Hidangan Utama yang terdapat di Ayam Geprek Walaweh

Address

10780A, Jalan Batu Rakit, Wakaf Tengah
Kampong Wakaf Tengah
21030

Opening Hours

Monday 11:00 - 04:00
Tuesday 11:00 - 04:00
Wednesday 11:00 - 04:00
Thursday 11:00 - 04:00
Saturday 11:00 - 04:00
Sunday 11:00 - 04:00

Telephone

+601111180701

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Geprek Walaweh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share