Andik Irwan Petta Haron

Andik Irwan Petta Haron Pembekal Bilis Terbaik (Tawau)
Bilis Kopek
Bilis Halus
Udang Kering
Sotong Kering
Ikan Gelama Masin
Ikan Tenggiri Masin
Ikan Talang Masin
Kima Kering

BILIS TERBAIK DI MALAYSIA. Pembekal Hasil Makanan Kering Yang Di Akui Sangat Berkualiti Tinggi Dan Mendapat Sambutan Dar...
02/08/2018

BILIS TERBAIK DI MALAYSIA.

Pembekal Hasil Makanan Kering Yang Di Akui Sangat Berkualiti Tinggi Dan Mendapat Sambutan Daripada Penggemar Makanan Berasaskan Makanan Laut Tawau Sabah.
*Ikan Bilis Kopek.
*Ikan Bilis Mata Biru.
*Sotong Kering.
*Udang Kering.
*Ikan Gelama Kering.
*Ikan Talang Kering.





penghantaran percuma rumah ke rumah.

+60172088839(what's app)
+601160929022(contact)
Mr. Irwan Bin Haron

01/06/2018
Al Hamdulillah Stock Ikan Bilis Baru Ssmpai Malam Tadi Hari Ni Dah Licin..BILIS TERBAIK DI MALAYSIA. Pembekal Hasil Maka...
25/05/2018

Al Hamdulillah
Stock Ikan Bilis Baru Ssmpai
Malam Tadi Hari Ni Dah Licin..
BILIS TERBAIK DI MALAYSIA.

Pembekal Hasil Makanan Kering Yang Di Akui Sangat Berkualiti Tinggi Dan Mendapat Sambutan Daripada Penggemar Makanan Berasaskan Makanan Laut Tawau Sabah.
*Ikan Bilis Kopek.
*Ikan Bilis Halus.
*Udang Kering.
*Ikan Gelama Kering.
*Ikan Talang Kering.





penghantaran percuma rumah ke rumah.

+60172088839(what's app)
+601160929022(contact)
Mr. Irwan Bin Haron

Bilis mata biru buruan pembeliIkan bilis mata biru di Tawau disifatkan sebagai bermusim dan s**ar diperoleh. Namun, perm...
23/05/2018

Bilis mata biru buruan pembeli

Ikan bilis mata biru di Tawau disifatkan sebagai bermusim dan s**ar diperoleh. Namun, permintaannya yang tinggi menyebabkan ia dijual antara RM35 hingga RM55 sekilogram.

SEAWAL pukul 3 petang, suasana jeti nelayan di Kampung Inderasabah, Tawau, Sabah mula sibuk dengan rutin harian penduduk di situ.

Selain menjadi nelayan pantai, sebahagian besar penduduk di kampung berkenaan turut bekerja di bagang, sebuah tempat khas untuk aktiviti menangkap ikan bilis yang terletak di kawasan perairan cetek, kira-kira 2 kilometer dari darat sebagai mata pencarian.

Walaupun aktiviti menangkap ikan bilis hanya bermula selepas pukul 7 malam iaitu apabila hari sudah gelap, namun mereka perlu pergi ke bagang beberapa jam lebih awal untuk membuat persiapan.

“Biasanya, pekerja bagang akan mula ke laut seawal pukul 3 petang dengan membawa beberapa peralatan seperti tong gas, generator dan beberapa barangan lain.

“Setiap bot akan membawa kira-kira 10 orang pekerja dan pemandu bot akan singgah di beberapa buah bagang untuk menghantar pekerja dan peralatan tersebut.

“Proses tersebut mengambil masa agak lama. Sebab itulah mereka akan ke laut lebih awal sebelum waktu gelap,” kata Sabturani Hamzah, 51, penduduk Kampung Inderasabah yang juga pemilik bagang.

Dia telah memulakan kerjaya sebagai penangkap ikan bilis sejak 18 tahun lalu selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi ke laut bagi menangkap ikan.

Kata beliau, aktiviti menangkap ikan bilis di kawasan perairan Tawau berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh nelayan di Semenanjung Malaysia yang lazimnya menggunakan bot untuk memukat ikan bilis.

“Di Sabah termasuk kawasan Tawau, nelayan menggunakan kaedah bagang iaitu sejenis struktur yang dibina di kawasan laut cetek menggunakan batang pokok nibong dan buluh.

“Bagang yang dibina bersifat kekal dan tidak boleh diubah kedudukannya. Oleh itu, kebanyakan pemilik bagang terpaksa bergantung nasib kepada pasang surut air laut untuk mendapatkan hasil tangkapan,” katanya yang memiliki hampir 10 unit bagang.

Menyentuh tentang kaedah penangkapan ikan bilis menggunakan kaedah bagang, jelas Sabturani, setiap bagang yang berkeluasan kira-kira 100 meter persegi akan dilengkapi dengan satu set pukat bersaiz besar yang dipasang di bawah pelantar bagang.

Pukat tersebut katanya, akan diturunkan ke dasar laut yang berkedalaman kira-kira 10 meter dari permukaan air ketika hari sudah gelap, manakala satu set lampu akan digantung berhampiran permukaan air untuk menarik perhatian ikan bilis.

Gred
Jelas beliau, ikan bilis lazimnya bergerak dalam kawanan akan berkumpul dan berlegar-legar di bawah cahaya lampu dalam tempoh yang agak lama.

“Biasanya, pukat akan dibiarkan berada di dasar laut antara dua hingga tiga jam bagi membolehkan lebih banyak ikan bilis masuk ke kawasan bawah bagang.

“Pada waktu biasa, pekerja di bagang mampu menaikkan pukat antara dua hingga tiga kali sepanjang malam sehingga waktu subuh.

“Tetapi pada musim ikan bilis banyak, pukat akan diangkat lebih kerap bagi mendapatkan jumlah tangkapan yang lebih tinggi,” katanya hasil tangkapan boleh mencecah sehingga 100 kilogram (kg) semalam ketika musim tertentu.

Menurut Sabturani, bagi mengekalkan kesegaran ikan bilis yang ditangkap, ia akan terus direbus di dapur khas di atas pelantar bagang sebelum dihantar ke jeti selepas hari sudah siang untuk proses menjemur.

Proses menjemur ikan bilis p**a akan dilakukan di atas para khas. Ia mengambil masa antara tiga hingga empat hari sebelum digred mengikut saiz dan dipasarkan.

Harga tinggi
“Selain sebagai pemilik bagang, saya juga merupakan peniaga ikan bilis.

“Pada waktu biasa, saya mampu memasarkan sekitar 200kg bilis yang sudah diproses. Harga p**a dijual antara RM35 hingga RM55 sekilogram bergantung kepada gred dan musim tangkapan,” katanya.

Terdapat tiga gred ikan bilis yang biasanya dihasilkan oleh pengusaha di situ iaitu bilis mata biru (gred 1), bilis belah kecil (gred 2) dan bilis belah besar (gred 3).

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik bagang, Arifudin Samsudin, 46, memberitahu, terdapat dua spesies ikan bilis yang banyak terdapat di perairan Tawau iaitu bilis mata biru dan bilis bulat.

Dia yang sudah tiga dekad terlibat dalam penangkapan ikan bilis menggunakan bagang berkata, bilis mata biru merupakan spesies bersaiz kecil. Panjangnya kira-kira dua hingga tiga sentimeter dan s**ar diperoleh.

Ia biasanya banyak ditangkap pada bulan November hingga Disember setiap tahun, berbanding bilis bulat yang boleh ditangkap sepanjang tahun terutama pada waktu bulan gelap.

Disebabkan itulah kata Arifudin, ikan bilis mata biru mempunyai harga yang tinggi di pasaran.

“Ikan bilis mata biru senang untuk dikenali. Selain bermata biru, warna badannya juga sangat putih berbanding ikan bilis spesies lain.

“Disebabkan saiznya yang kecil, ikan bilis mata biru sangat enak dan rangup jika digoreng serta dijadikan sambal nasi lemak,” katanya.

Dia yang memiliki dua unit bagang di perairan Tawau turut membeli hasil ikan bilis daripada nelayan lain di sekitar perkampungan itu untuk dipasarkan.

Malah kata Arifudin, dia turut mempunyai pelanggan tetap dari Semenanjung Malaysia yang kerap menghubunginya untuk mendapatkan stok ikan bilis dari perairan Tawau terutama bilis mata biru.

Dalam pada itu, seorang peniaga produk laut di Pasar Tanjung Tawau yang kini dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Tawau, Sudaya Hamzah, 62, berkata, kebiasaannya pelancong yang datang ke Tawau akan singgah di pasar berkenaan bagi mendapatkan pelbagai hasil laut.

Sepanjang tiga dekad berniaga di situ antara yang menjadi pilihan pembeli tentulah ikan bilis mata biru selain ikan-ikan lain yang telah diproses kering.

“Ikan bilis mata biru memang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelancong khususnya mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia kerana keenakannya.

“Namun, bekalan yang kurang telah menyebabkan harganya agak tinggi berbanding ikan bilis lain,” katanya.

BILIS TERBAIK DI MALAYSIA.

Pembekal Hasil Makanan Kering Yang Di Akui Sangat Berkualiti Tinggi Dan Mendapat Sambutan Daripada Penggemar Makanan Berasaskan Makanan Laut Tawau Sabah.
*Ikan Bilis Kopek.
*Ikan Bilis Halus.
*Udang Kering.
*Ikan Gelama Kering.
*Ikan Talang Kering.





penghantaran percuma rumah ke rumah.

+60172088839(what's app)
+601160929022(contact)
Mr. Irwan Bin Haron

Al Hamdulillah Stocks Best Tawau Bilis Sudah Tiba 😊Kpd Semua Peminat Setia Ikan Bilis Kopek.. Esok Saya Akan Edarkan.. T...
23/05/2018

Al Hamdulillah
Stocks Best Tawau Bilis
Sudah Tiba 😊
Kpd Semua Peminat Setia
Ikan Bilis Kopek..
Esok Saya Akan Edarkan..
Thanks For Your Support.

20/05/2018

BILIS TERBAIK DI MALAYSIA.

Pembekal Hasil Makanan Kering Yang Di Akui Sangat Berkualiti Tinggi Dan Mendapat Sambutan Daripada Penggemar Makanan Berasaskan Makanan Laut Tawau Sabah.
*Ikan Bilis Kopek.
*Ikan Bilis Halus.
*Udang Kering.
*Ikan Gelama Kering.
*Ikan Talang Kering.





penghantaran percuma rumah ke rumah.

+60172088839(what's app)
+601160929022(contact)
Mr. Irwan Bin Haron

Salam semua, errr..macam mengantuk teramat sangat p**ak...huhu, dah makan? Abg Wan hari ni masak yang biasa2 dan mudah2 ...
20/05/2018

Salam semua, errr..macam mengantuk teramat sangat p**ak...huhu, dah makan? Abg Wan hari ni masak yang biasa2 dan mudah2 saja. Serba ringkas kata orang. Kebetulan ada 6 keping tempe berbungkus daun, pemberian sedara Abg Wan semalam. Jadi setelah ku telek dalam batil tembaga dan turut bertanya pada cermin hikmat, apa menu sesuai nak ku tukarkan itu tempe. Dan beberapa ketika maka terjawab lah, jadi Abg Wan buat sambal kering tempe ikan bilis, ala2 masak berlado gitu lah senang cerita. Memang senang buat dan rasa dia pun sheeedapp lahh, errr, takkan nak kata tidak, yea tak. Tapi anda jangan salah faham. Selera kira berbeza, sedap pada kita, mungkin biasa2 pada orang kedua dan tidak sedap pada orang ketiga. Jadi kira normal lah kalau ada yang s**a dan ada yang idok s**a. Yang penting janji kita dan orang2 kat rumah s**a, tak payah nak pening2 kepala..

Untuk resipi ini Abg Wan guna ikan Kopek Yang Di Terbangkan Kahas Dari Best Tawau Bilis jenis kecil atau ikan Bilis Belah. Tak perlu buang kepala semua, sebab ia halus. Sedap dan cepat garing bila digoreng, tapi agak masin, jadi kena lah rendam dulu kemudian tos dan perah, baru goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sambal kering ini sedap dimakan bersama nasi atau begitu sahaja. Ok meh sini abg Wan share resipi dia p**ak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 keping tempe berbungkus daun
1 genggam ikan bilis nasi (seperti gambar di atas) rendam
2 camca besar bawang goreng
6 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
2 biji limau kasturi, perah jusnya (kalau limau kecil, guna 3)
Garam dan gula secukup rasa
*kalau nak lg sodap@melundrak campur kacang tanah.
*Petai lagi sodap.

CARA MEMBUATNYA :-)

Hiris tempe nipis, kemudian goreng terendam hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Toskan ikan bilis, perah dan goreng hingga garing, guna api sederhana. Angkat dan toskan. Ketepikan.Tumis bahan kisar halus hingga harum dan garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan gula (dalam 2 camca besar gula atau ikut s**a anda). Kacau rata dan bila pekat, masukkan jus limau kasturi. Kacau rata.Tambah tempe, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dan boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja..



Address

No 08 Jalan 09 Taman Bukit Kuchai Puchong
Kampung Baru Puchong
47100

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Telephone

+60172088839

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Andik Irwan Petta Haron posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category