R2JAgro Janda Baik Spring Fresh Fish

R2JAgro Janda Baik Spring Fresh Fish We offer fresh water fish raised in the clean natural environment of Janda Baik. All of our fishes a

23/02/2025
16/01/2025

Address

Lot 542, Lorang Arun Kepayang
Kampung Janda Baik
28750

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when R2JAgro Janda Baik Spring Fresh Fish posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to R2JAgro Janda Baik Spring Fresh Fish:

Share

Category

Usahasama R2JAgro

Usahasama R2JAgro telah ditubuhkan pada awal 2016. Ia ditubuhkan oleh rakan-rakan kelas yang mengikuti pengajian Bahasa Arab Al-Quran dan kelas tadabur Al-Quran “You Are the Best” the di Mahaad Tahfiz Ithqaan, Taman Nirwana Ampang. Penubuhan R2JAgro tercetus apabila Pengasas Mahaad Tahfiz Ithqaan dan guru kami, Dr Shafie Mohd Amin, meminta bantuan murid kelasnya untuk mencari bekalan ikan bersih, halal dan toiyiban untuk pemakanan murid tahfiz di sekolah beliau. Rintahannya ialah ikan air tawar yang di bekalkan ke sekolah, sumber pemakanan diragukan. Ikan laut yang di terima oleh sekolah juga tidak segar dan mungkin di rawat dengan ubat pengawet. Murid-murid yang menghafal Al-Quran amat perlu kepada pemakanan yang bersih dan halal agar mereka boleh menghafal Al-Quran dengan lancar.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan sekelas, kami telah temui seorang rakan yang pakar menternak ikan keli dan talapia. Kami mula menternak ikan keli di Bukit Belacan, Ampang secara kecil-kecilan. Sumber air adalah dari air bukit. Makanan pallet diberi dari anak ikan sehingga ke saiz yang boleh bekalkan kepada kepada Mahaad Tahfiz Ithqaan. Untuk membantu kos menjalankan operasi ternakan, kami telah dapatkan infaq bulanan daripada sahabat kelas. Kami hanya bekalkan ikan kepada Mahaad Tahfiz dan beberapa pelanggan yang tertentu. Operasi di Bukit Belacan berjalan dari tahun 2016 hingga ke 2018.

Mulai pertengahan 2017, ada cadangan untuk mengembangkan usaha ternakan kepada 3 jenis ikan. Ikan Talapia, Ikan Patin dan Ikan Keli dan menternak jumlah ikan yang lebih banyak untuk jualan. Kami mula mencari lokasi untuk membuat kolam yang lebih besar yang mempunyai sumber air bukit yang bersih. Alhamdulilah, dengan berkat kurniaan Allah, kami di beri peluang untuk menyambung usaha kami di Bukit Janda Baik, Pahang. Lokasi ini adalah lokasi terbaik kerana Janda Baik mempunyai sumber air yang terkenal dengan kebersihannya dan ia adalah lokasi perlancongan eco yang terkenal.

Kami memulakan project membentuk kolam behampiran dengan sumber air bukit Janda Baik pada 2017. Pelbagai rintangan dan cabaran kami hadapi untuk membentuk kolam ikan R2JAgro. Alhamdulillah, akhirnya kami telah memulakan operasi dengan memasukan anak-anak ikan pada pertengahan 2018. Selepas 7 bulan, Pada December 2018, kami mula mengeluarkan ikan dari Janda Baik untuk dibekalkan ke Mahaad Tahfiz Ithqaan dan jualan sebahagian ikan kepada murid-murid Dr Shafie di Ampang, Shah Alam dan Bangi. Kami juga menerima sumbangan infaq dan zakat dari orang ramai. Dengan sumbangan infaq dan zakat ini, kami membekalkan ikan ke rumah-rumah anak yatim dan rumah-rumah orang tua yang sangat memerlukan sumber protien yang bersih lagi halal. Alhamdulillah, sehingga petengahan tahun 2019, kami telah membekalkan ikan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar lembah Klang berjumlahkan setengah tan. JazakAllah Khairon kepada semua yang telah menyumbang dan menyokong usahasama R2JAgro. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan usaha amal ini.