31/10/2025
Sejak harga emas naik turun kebelakangan ni, ramai betul yang sibuk buka aplikasi tengok graf. Ada yang update dalam group, ada yang siap share “strategi” nak beli masa harga rendah.
🤔Tak salah pun tapi pernah tak terfikir ? Kita lebih rajin pantau nilai emas berbanding nilai kesihatan diri sendiri?
Kita tahu bila emas naik 100, 200 tapi kita tak tahu bila paras gula dalam darah dah mula naik senyap-senyap. Bezanya, bila harga emas jatuh kita boleh tunggu dia naik semula tapi bila tahap kesihatan jatuh, belum tentu kita boleh bangun semula secepat itu.😰
Gula putih ni nampak remeh, tapi dia antara “punca tersembunyi” banyak masalah kesihatan. Bila ambil berlebihan, badan mula alami keradangan, kolesterol naik, dan salur darah mula tersumbat.
💢Itu sebabnya penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis tak datang tiba-tiba. Ia bermula perlahan… dari setiap sudu gula yang kita anggap “tak apa”.
Jangan risau, kita masih sempat untuk berubah. Kita tak perlu buang manis dari hidup, kita cuma perlu ganti dengan pilihan yang lebih sihat seperti :
✅Madu Asli Kyrgyzstan daripada Olive House, diiktiraf autentik oleh KKM, kaya nutrisi dan beri tenaga semula jadi.
Manisnya tetap ada, bezanya ia beri tenaga, bukan penyakit. Jadi sebelum anda refresh harga emas hari ini, apa kata semak juga harga gula dalam badan sendiri sebab kalau kesihatan dah tergadai, tiada nilai emas pun mampu menebusnya.🥰