12/04/2023
[ BAHAYA GOUT ]
Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.
Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.
Kaedah pembedahan yang digunakan untuk mengeluarkan kristal garam asid urik yang terkumpul pada sendi ibu jari kaki.
Hormon pelindung
Dalam kebanyakan kes, golongan lelaki lebih cenderung diserang gout berbanding wanita. Wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah paras asid urik dalam darah meningkat.
“Bagaimanapun, wanita juga berisiko mengalami penyakit gout selepas menopaus,” terang Perunding Perubatan dan Reumatologi, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Dr. Shahdan Shahid, mengenai gout yang boleh menyerang individu seawal usia 13 tahun.
Jelas Shahdan, gout berlaku disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.
Peningkatan asid urik berpunca daripada tiga faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
Masalah buah pinggang
Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.
Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino p**a diuraikan menjadi asid urik. Gout bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah buah pinggang.
“Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari,” ujar Shahdan mengenai penyakit gout yang turut dialami 8.3 juta penduduk di Amerika Syarikat tiga tahun lalu.
Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa gout boleh dicegah dengan mengamalkn Kopi Moringa 1 sachet sehari. Mudah Cepat dan Berkesan