16/05/2023
SELAMAT HARI GURU 2023 BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.
GURU ITU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI DEMI MENERANGI.
Kepada semua yang dihormatkan dengan panggilan guru, cikgu, teacher, sir, miss, mister, ustaz, ustazah dan sebagainya...Terima kasih segalanya.
"GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI".
“Ya Allah Ya Tuhan Ku...
Dikau kurniakanlah segala rahmat dan kasih sayang-Mu buat semua guruku, hiasilah mereka sinar petunjuk dan berilah mereka keberkatan rezeki yang berpanjangan. Dikau kurniakanlah barakah dalam apa jua ilmu yang telah diajar biarpun sepotong ayat atau hanya satu huruf. Moga² dengan ‘Azim luasnya ilmu-Mu, menjadi pedoman sepanjang zaman".
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rasulullah SAW:
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]
Selamat Hari Guru...Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.