26/08/2026
Adakah ikan Puyu 'Siam' adalah spesies pendatang?
Sebenarnya ia adalah spesies yang sama dengan ikan Puyu di negara kita dan sekitar Asia Tenggara hinggalah ke Asia Selatan, iaitu Anabas testudineus. Cuma ikan yang dilabelkan sebagai Puyu 'Siam' itu adalah dari penternakan di Thailand.
Di Thailand, mereka buat pembiakan secara terpilih menggunakan induk-induk ikan Puyu liar yang telah capai saiz maksimum atau saiz yang luar biasa, kemudian berikan makanan tinggi protein untuk kekalkan saiz maksimum dengan menghasilkan daging yang lebih tebal.
Senang kata, ikan Puyu Siam adalah dari baka ternak. Jika dilepaskan ke perairan tempatan pun, generasi ke generasi fizikalnya akan beransur kembali menjadi seperti ikan Puyu liar semula. Jadi, ikan Puyu yang diternak di Thailand pun sama saja dengan ikan Puyu liar di Malaysia, cuma yang diternak telah diasuh dengan teliti untuk pasaran komersial.
Di bawah genus Anabas, hanya ada dua saja spesies, iaitu Anabas Testudineus yang taburannya merangkumi Asia Tenggara hingga Asia Selatan, dan Anabas cobojius yang hanya wujud di dalam taburan yang sangat kecil di India dan Bangladesh.
Namun, tiada bukti Anabas cobojius ada diternak dalam skala komersial seperti Anabas testudineus, atau dikacukan dengan Anabas cobojius. Kerana ikannya tidak sebanyak Anabas testudineus yang lebih mudah ditemui hampir di semua tempat san habitat, lebih mudah dan banyak pilihan untuk memilih baka yang terbaik. Anabas cobojius dilaporkan hanya ada diternak oleh penduduk kampung secara persendirian untuk sumber makanan, dna tidak terlalu menggalakan seperti produksi Anabas testudineus.
Credit : Jejak Air Tawar