17/09/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โฆ
Kalau tiba-tiba hujan turun, cari tempat berlindung dulu.
Sebab ketika jerebu, titisan hujan bukan sekadar melalui udara yang bersih.
Udara ketika itu dipenuhi partikel halus dan pelbagai bahan pencemar hasil pembakaran. Apabila hujan turun, titisan air boleh menangkap sebahagian bahan ini lalu membawanya turun ke permukaan.
HUJAN ASID.
Adakah setiap kali hujan turun ketika jerebu, ia menjadi hujan asid?
Tidak.
Hujan biasa sendiri sedikit berasid, sekitar pH 5.6. Hujan asid berlaku apabila pencemar tertentu seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida mengalami tindak balas di atmosfera lalu menghasilkan sebatian berasid yang turun bersama hujan.
Dan fenomena air hujan yang sangat berasid memang pernah direkodkan di Malaysia.
Kajian semasa episod jerebu 2014 pernah merekodkan pH air hujan bawah 4 pada satu fasa pemantauan.
Kalau terkena hujan asid, kulit akan melecur?
Tidak seperti terkena asid kuat di makmal.
Hujan asid di alam sekitar biasanya tidak cukup pekat untuk membakar kulit manusia.
Kesan yang lebih membimbangkan berlaku apabila pemendapan berasid berlaku berulang kali.
Ia boleh meningkatkan keasidan sungai dan tasik, mengganggu hidupan akuatik, mengubah kimia tanah, menjejaskan tumbuhan serta mempercepatkan kakisan bangunan dan logam.
Jadi kalau hujan turun ketika jerebu, jangan panik.
Tapi jangan juga sengaja keluar bermain hujan.
Cari tempat berlindung. Kalau terkena, balik, mandi dan tukar pakaian seperti biasa.
Kerana titisan yang turun sedang melalui udara yang sarat dengan partikel dan bahan pencemar, dan sebahagiannya boleh dibawa turun bersama hujan.
Hujan memang membantu membersihkan langit.
Tapi sebelum langit itu bersih, sesuatu perlu membawa pencemaran itu turun.
Dan salah satunya ialah hujan.
๐๐ซ๐๐๐ข๐ญ : ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐๐ฅ๐ญ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐