15/05/2026
BERITA BOLASEPAK ANTARABANGSA
• Manchester United telah menyenaraikan 15 pemain tengah dalam radar mereka dan mahu menandatangani sekurang-kurangnya tiga daripadanya pada musim panas ini. Pemain yang berada dalam sasaran pasukan adalah Ederson, Mateus Fernandes, Elliot Anderson, Joao Gomes, Carlos Baleba, Aurelien Tchouameni, Federico Valverde, Sandro Tonali, Adam Wharton, Alex Scott, Tyler Adams, Ayyoub Bouaddi, Christos Mouzakitis, Shea Charles dan Danilo.
• Arsenal FC dan PSG kini menyertai Manchester United dalam perlumbaan mendapatkan Mateus Fernandes pada musim panas ini.
• Chelsea FC dan Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap kiri Real Sociedad, Ander Barrenetxea pada musim panas ini.
• Liverpool FC telah menyenaraikan Emi Martinez sebagai antara calon pengganti Alisson Becker.
• Tottenham Hotspur menjadikan pertahanan tengah US Sassuolo, Tarik Muharemovic sebagai calon utama untuk menggantikan Cristian Romero.