17/10/2026
FLAVARIS × POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL, Pagoh
Pada Khamis, 15 Oktober 2026, Flavaris M Sdn. Bhd. berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk mewakili pihak industri sebagai juri bagi program Navigating Excellence in Oleo and Food for A Unified Sustainability (NEXUS) 4.0 di Politeknik Pagoh.
Penyertaan ini dihadiri oleh Tuan Pengerusi Flavaris, En Mohamad Faidzal Bin Zainal bersama Pengarah Eksekutif syarikat, Puan Azryana Aqasha dalam menyumbang perspektif industri terhadap inovasi, pembangunan produk dan potensi pengkomersialan hasil projek para pelajar.
Bagi Flavaris, penglibatan dalam program seperti ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong pembangunan bakat, berkongsi pengalaman industri dan merapatkan jurang antara dunia akademik dengan keperluan sebenar industri.
Kami percaya bahawa kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja berilmu, malah bersedia menghadapi cabaran industri makanan yang sentiasa berkembang.
Terima kasih kepada pihak Politeknik Pagoh atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Flavaris untuk menjadi sebahagian daripada program ini.