20/05/2025
Penanaman fasa kedua Omis Pineapple telah pun habis dituai. Prestasi tuaian jelas naik dengan hasil tuaian sebanyak 64 tan berbanding fasa pertama dengan hasil sebanyak 50 tan. Kami bersyukur & sangat berterima kasih mendapat sokongan & dorongan serta doa daripada semua.
Terima kasih kami ucapkan,
Kerana anda selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.
Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.
Jumpa lagi di fasa akan datang. Sekian daripada kami.
Omis Pineapple
🍍🍍🍍🍍🍍🍍