08/05/2026
“Bahagian Allah S.W.T”
Petang sebelum senja menerima sumbangan dari Mesra Fish Freshmart. Kedai pink.
Beg plastik pink tertulis bahagian Allah S.W.T. Kalau dilihat duit ini dikumpul atau menabung kerana terdapat duit pelbagai jenis di dalamnya. Katanya usaha ini 2 bulan untuk ustaz “Kenderaan Amal Khairat”😥
Terima kasih banyak-banyak orang baik. Tersentuh hati dan sangat menghargai🤍 Hanya Allah sebaik-baik balasan untuk jasa baik kalian. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati illahi.
Janji kami, duit ini 100% untuk kelangsungan amal bukan ke poket pribadi. Doakan kami lebih kuat beramal dan berbakti💪🏻
Kertas duit nampak ringan tetapi berat nilainya di akhirat kelak. Moga jadi asbab kebaikan untuk semua.
Sirru ala barakatillah 🤲🏻
Tuan Muhammad Tuan Stia,
Pengasas AAK