18/04/2025
*KENYATAAN RASMI: PENANGGUHAN & PEMBATALAN LOKASI ASAL BEATS N BITES KAAMATAN FESTIVAL 2025*
Dengan rasa penuh kesal, pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa acara BEATS N BITES Kaamatan Festival 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 20 April hingga 1 Mei 2025 di Kompleks Sukan Tambunan terpaksa ditangguhkan dan lokasi asal acara ini secara rasmi dibatalkan.
Pada 16 April 2025, kami menerima surat rasmi daripada pihak pengurusan Kompleks Sukan Tambunan yang memaklumkan bahawa punca bekalan elektrik utama (MDB) tidak dibenarkan untuk digunakan bagi menyokong pentas utama serta kesemua khemah vendor. Ini merupakan satu perkembangan mendadak dan tidak dijangka, memandangkan dalam lawatan tapak sebelum ini, juruteknik dan pengurus kompleks sendiri telah menunjukkan lokasi MDB dan menjelaskan tentang genset sokongan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
Lebih mencabar lagi, sepanjang tempoh rundingan yang telah berlangsung selama beberapa minggu, terdapat banyak garis panduan, syarat, dan larangan lain yang tidak dinyatakan dengan jelas pada awalnya dan hanya dimaklumkan secara berperingkat serta di saat-saat akhir. Situasi ini amat menyulitkan dan memberikan tekanan besar kepada pihak penganjur yang berusaha keras memperkenalkan nafas baharu dan semangat pembangunan pelancongan luar bandar di Tambunan.
Setelah mesyuarat tergempar diadakan, tiga cadangan dikemukakan:
1.*Plan A* – Meneruskan acara di lokasi asal: Tidak dapat dilaksanakan kerana halangan teknikal (MDB).
2.*Plan B* – Berpindah ke lokasi baharu: Tidak dapat dilaksanakan kerana kesemua lokasi sesuai telah ditempah sempena pelancaran Kaamatan.
3.*Plan C* – Menangguhkan acara ke tarikh lain: Diputuskan sebagai pilihan terbaik.
Maka dengan ini, pihak penganjur menetapkan bahawa *tarikh baharu yang dicadangkan ialah 4 hingga 12 Mei 2025*, tertakluk kepada pengesahan lokasi baharu yang sedang dalam proses rundingan.
📅 *Program Tentatif Baharu:*
4 Mei: Live Band Showcase – EU4NICS
5 Mei: Food Demo – Chef Melvin Gatu & Ratu Comel Kaamatan (Kanak-kanak)
6 Mei: Karaoke Challenge (Terbuka)
7 Mei: Malam Lagenda
8 Mei: Karaoke Challenge (Akhir)
9 Mei: Malam Galau Kita!
10 Mei: Food Demo – Ropuhan Di Tanak Wagu & Konsert Kemuncak
11 Mei: Live Band Showcase – Canang Borneo
12 Mei: Malam Santai
**ARTIS JEMPUTAN: Maldini, Alister, MC Ryan, Sitipah, Jenny, Queenera, dll*
*Setiap petang (4–11 Mei):*
🎯 Permainan Tradisional
🌟 Pertandingan Bakat
🪶 Persembahan Kebudayaan
Kami menghulurkan permohonan maaf yang tulus ikhlas kepada semua vendor, artis, pembekal, kontraktor, rakan strategik serta komuniti Tambunan atas segala kesulitan dan perubahan saat akhir ini. Pihak kami telah berusaha sebaik mungkin mendapatkan penyelesaian segera, namun faktor teknikal dan kekangan masa telah memaksa kami menangguhkan acara ini.
Acara ini tetap menjadi sebahagian penting dalam kempen Tahun Melawat Sabah 2026 serta usaha mempromosikan Visit Tambunan 2026.
Sekian, terima kasih atas sokongan berterusan.
Yang menjalankan amanah,
*PATRICIA PHILIP KITINGAN*
*[Presiden Persatuan Pelancongan Tambunan]*
Bagi pihak
*Penganjur BEATS N BITES Kaamatan Festival 2025*
🇬🇧 English Version
*OFFICIAL STATEMENT: POSTPONEMENT & CANCELLATION OF ORIGINAL VENUE – BEATS N BITES KAAMATAN FESTIVAL 2025*
With deep regret, we announce that the BEATS N BITES Kaamatan Festival 2025, initially scheduled from 20 April to 1 May 2025 at Kompleks Sukan Tambunan, has to be postponed, and the original venue is officially cancelled.
On 16 April 2025, we received an official letter from the management of Kompleks Sukan Tambunan, informing us that the Main Distribution Board (MDB) could no longer be used to power the main stage and all vendor canopies. This came as an unexpected and last-minute turn of events, especially considering that during our technical inspection earlier, their technician and manager had clearly pointed out the MDB location and assured us of a standby generator in case of power outage.
To make matters more difficult, several important operational restrictions and technical conditions were only made known gradually and at the last minute, despite weeks of negotiations. This presented a significant logistical challenge to us as the organiser, who have been working tirelessly to bring a fresh, progressive energy to Tambunan’s rural tourism development.
Following an emergency meeting, three options were tabled:
1.*Plan A* – Proceed at the original venue: Not feasible due to MDB restrictions.
2.*Plan B* – Shift to an alternative venue: Unavailable as all suitable spaces have been booked for Kaamatan launch events.
3.*Plan C* – Postpone the festival: Chosen as the most viable solution.
As such, the organizing committee proposes new tentative dates: *4–12 May 2025*, pending confirmation of a suitable new venue.
📅 *New Tentative Program:*
4 May: Live Band Showcase – EU4NICS
5 May: Food Demo – Chef Melvin Gatu & Ratu Comel Kaamatan (Kids)
6 May: Karaoke Challenge (Open)
7 May: Night of Legends
8 May: Karaoke Challenge (Final)
9 May: Malam Galau Kita!
10 May: Food Demo – Ropuhan Di Tanak Wagu & Concert as the highlight FINALE.
11 May: Live Band Showcase – Canang Borneo
12 May: Chill Chill Nite
**FEATURED ARTISTS: Maldini, Alister, MC Ryan, Sitipah, Jenny, Queenera and others*
*Afternoon Highlights (Daily):*
🎯 Traditional Games
🌟 Talent Showcase
🪶 Cultural Performances
We extend our sincere apologies to all vendors, artists, suppliers, contractors, strategic partners, and the Tambunan community for this unavoidable disruption. Please know that every effort has been made to secure a venue and proceed with the original schedule, but constraints beyond our control have forced this decision.
The event remains a key initiative in support of the Sabah Tourism Year 2026 and the local Visit Tambunan 2026 campaign.
Thank you for your continued support and understanding.