RNR Cocoa Family

RNR Cocoa Family Agricultural Business,specializing in Cocoa.Usahawan Pembeli Biji Koko dan Pembekal Anak Benih Koko.

KURSUS PENGGREDAN BIJI KOKO KERING DAN PENTAULIAHAN PENGGRED 2026🗓️ 28–29 Julai 2026📍 Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Le...
31/07/2026

KURSUS PENGGREDAN BIJI KOKO KERING DAN PENTAULIAHAN PENGGRED 2026

🗓️ 28–29 Julai 2026
📍 Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, mewakili RNR Cocoa Family, Abdul Raziq Rafiqey Bin Rustam, selaku Pemilik & Pengurus RNR Cocoa Family, telah menghadiri Kursus Penggredan Biji Koko Kering dan Pentauliahan Penggred 2026 yang dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia.

Penyertaan dalam kursus ini merupakan satu langkah penting untuk menambah ilmu, memperkukuhkan kemahiran dalam penggredan biji koko kering serta memahami piawaian kualiti yang ditetapkan. Ilmu yang diperoleh akan terus dimanfaatkan bagi memastikan RNR Cocoa Family sentiasa komited menawarkan biji koko berkualiti tinggi yang memenuhi standard industri.

Terima kasih kepada Lembaga Koko Malaysia atas penganjuran kursus yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menyumbang kepada pembangunan industri koko negara serta memberi manfaat kepada para petani koko tempatan.🍫✨


Lawatan daripada European Forest Institute (EFI) dan Lembaga Koko Malaysia sempena pelaksanaan EUDR Preparedness Check f...
31/07/2026

Lawatan daripada European Forest Institute (EFI) dan Lembaga Koko Malaysia sempena pelaksanaan EUDR Preparedness Check for the Malaysian Cocoa Sector🌱🍫

RNR Cocoa Family berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada European Forest Institute (EFI) bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) serta wakil daripada Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)ke premis RNR Cocoa Family dan Nurseri Anak Benih Koko.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan EUDR Preparedness Check for the Malaysian Cocoa Sector, yang memberi fokus kepada aspek kebolehkesanan (traceability), kemampanan serta kesiapsiagaan sektor koko Malaysia dalam memenuhi keperluan European Union Deforestation Regulation (EUDR).

Sebagai tanda penghargaan, pihak RNR Cocoa Family turut menyampaikan cenderahati berupa Coklat Bean to Bar keluaran usahawan coklat tempatan Jaws & Claws Chocolate. Coklat premium Single Origin ini dihasilkan daripada biji koko berkualiti yang dibekalkan oleh petani koko tempatan Sabah, sekali gus mengetengahkan keunikan dan kualiti koko Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

Pihak RNR Cocoa Family sentiasa terbuka untuk terus bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia, Kementerian Perladangan dan Komoditi serta semua agensi berkaitan dalam memperkukuh pembangunan industri koko negara. Kami komited untuk membantu memastikan sektor koko Malaysia sentiasa bersedia memenuhi piawaian perdagangan antarabangsa seperti EUDR, sekali gus meningkatkan keyakinan pasaran global terhadap koko Malaysia.

Semoga jalinan kerjasama erat antara LKM, KPK, agensi-agensi berkaitan dan para petani akan terus diperkasakan demi melahirkan industri koko yang lebih mampan, berdaya saing dan terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.🍫✨

Terima kasih kepada Lembaga Koko Malaysia  (LKM) atas kesudian mengadakan lawatan ke Nurseri ABK dan premis RNR Cocoa Fa...
29/07/2026

Terima kasih kepada Lembaga Koko Malaysia (LKM) atas kesudian mengadakan lawatan ke Nurseri ABK dan premis RNR Cocoa Family sempena EUDR Preparedness Check for the Malaysian Cocoa Sector.

Kami amat menghargai kepercayaan dan komitmen LKM dalam memperkukuh pembangunan industri koko negara, khususnya dalam membantu memastikan sektor koko Malaysia sentiasa bersedia memenuhi piawaian perdagangan antarabangsa seperti EUDR.

Semoga usaha dan kerjasama erat antara LKM, agensi berkaitan serta para petani akan terus diperkasakan demi melahirkan industri koko yang lebih mampan, berdaya saing dan diiktiraf di peringkat global.

Terima kasih Lembaga Koko Malaysia atas segala bimbingan, sokongan dan usaha yang tidak pernah putus dalam memajukan industri koko negara. Bersama kita terus mengangkat nama koko Malaysia. 🌱🍫🇲🇾

Pemantauan Projek FFC & Hibrid Berpotensi 🌱🍫RNR Cocoa Family berbesar hati menerima kunjungan Encik Mohd Qahar Muzzakar ...
16/07/2026

Pemantauan Projek FFC & Hibrid Berpotensi 🌱🍫

RNR Cocoa Family berbesar hati menerima kunjungan Encik Mohd Qahar Muzzakar bin Mohd Amin, Penolong Pegawai Penyelidik, Seksyen Pembangunan Bahan Tanaman, bagi menjalankan pemantauan Projek FFC, pemantauan hibrid berpotensi di kebun petani, serta lawatan ke Tapak Semaian Anak Benih Koko RNR Cocoa Family.

Lawatan ini bertujuan menilai perkembangan projek, prestasi hibrid berpotensi serta pengurusan tapak semaian dalam usaha memperkukuhkan pembangunan bahan tanaman koko yang berkualiti.

Semoga Projek FFC ini terus mencapai kejayaan dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak varieti klon koko yang berpotensi, berdaya tahan terhadap penyakit serta mampu memberikan hasil yang lebih tinggi, berkualiti dan mampan. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti kebun, menambah pendapatan para petani, dan seterusnya memperkukuh daya saing industri koko Malaysia pada masa hadapan.

Terima kasih atas kunjungan, perkongsian ilmu dan komitmen yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara semua pihak terus diperkukuhkan demi kemajuan industri koko negara. 🌱🤝

Lawatan Kerja Rasmi | 14 Julai 2026 (Selasa)RNR Cocoa Family berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Seksyen Bio...
14/07/2026

Lawatan Kerja Rasmi | 14 Julai 2026 (Selasa)

RNR Cocoa Family berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Seksyen Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Sabah di premis kami.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Pegawai Penguat Kuasa daripada Bahagian Pengawalseliaan dan Kawalan Kualiti, Lembaga Koko Malaysia.

Perbincangan memfokuskan kepada usaha mempercepatkan proses penghantaran biji koko agar dapat tiba di destinasi dengan lebih efisien, di samping memastikan pematuhan terhadap keperluan biosekuriti serta piawaian kualiti yang ditetapkan.

Terima kasih atas kunjungan, perkongsian pandangan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara semua pihak terus diperkukuhkan demi memajukan industri koko negara. 🌱🍫

Penghantaran Biji Koko Kering | 13 Julai 2026 (Isnin)Alhamdulillah, sebanyak 15 tan metrik biji koko kering telah berjay...
14/07/2026

Penghantaran Biji Koko Kering | 13 Julai 2026 (Isnin)

Alhamdulillah, sebanyak 15 tan metrik biji koko kering telah berjaya dihantar ke pelabuhan menggunakan kontena untuk proses penghantaran seterusnya.

Terima kasih kepada semua petani, rakan kerjasama dan warga kerja RNR Cocoa Family atas komitmen dalam memastikan setiap penghantaran berjalan lancar serta mengekalkan kualiti biji koko yang terbaik.

07/07/2026
🍫 Di sebalik setiap coklat yang dinikmati, ada titik peluh para petani koko.📆 7 Julai 2026. Sempena Hari Coklat Dunia 20...
07/07/2026

🍫 Di sebalik setiap coklat yang dinikmati, ada titik peluh para petani koko.

📆 7 Julai 2026.

Sempena Hari Coklat Dunia 2026, RNR COCOA FAMILY ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petani yang hadir dari Keningau, Tambunan, Sook, Nabawan dan Tenom.

Setiap penjualan Biji Koko Kering daripada petani akan diberikan Coklat daripada Marvelles Chocolates Official

Terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan Program Pembelian Khas hari ini. Semoga pemberian Coklat dan jamuan yang disediakan menjadi tanda penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan anda.

🍫 Selamat Hari Coklat Dunia 2026! 🤎


🍫SELAMAT HARI COKLAT DUNIA🍫Di sebalik setiap kepingan coklat yang enak, ada usaha, dedikasi dan kasih sayang para petani...
07/07/2026

🍫SELAMAT HARI COKLAT DUNIA🍫

Di sebalik setiap kepingan coklat yang enak, ada usaha, dedikasi dan kasih sayang para petani yang patut kita hargai. Terima kasih kerana terus membekalkan manisnya kebahagiaan untuk dunia.

Hargai prosesnya, syukuri nikmatnya, dukung petani coklat kita.✨🍫

Address

Jalan Bingkor Bypass, Taman Rakyat
Keningau
89008

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Saturday 07:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60146561345

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RNR Cocoa Family posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category