Warung Makan Borneo

Warung Makan Borneo Warung Makan Borneo berada di Alamat no 21, kompleks makanan taman inderawasih, perai, Pulau Pinang.

Warung Makan Borneo kembali beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini dengan info penting seperti di bawah:📍 Jadual Operasi...
28/02/2026

Warung Makan Borneo kembali beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini dengan info penting seperti di bawah:

📍 Jadual Operasi Ramadan:
🗓️ Hari: Sabtu & Ahad Sahaja
⏰ Masa: 4:00 PM – 6:30 PM
🚀 Bermula: Hari ini!

Menu Padu:

🥥 Puding Kelapa Borneo

🍜 Mee Rojak Daging / Ayam

🍜 Laksa Sarawak

Datang awal sebelum habis licin.
Lokasi macam biasa, jumpa anda di sana! 🍛✨

Mencari resellerUntuk bulan Ramadhan ni, Warung Makan Borneo buka peluang hanya untuk 10 gerai bazaar ramadhan sekitar P...
28/01/2026

Mencari reseller

Untuk bulan Ramadhan ni, Warung Makan Borneo buka peluang hanya untuk 10 gerai bazaar ramadhan sekitar Penang.

Untuk permulaan modal RM300. Dapat beberapa campuran puding dalam kelapa dan yang saiz kecil berserta 2 Banting.

Untuk restock cuma RM212.

Harga jualan sama seperti di biasa, tidak di naikkan supaya pelanggan dapat harga yang sama di setiap tempat.

Yang besar RM 12 dan kecil RM5. Sama macam di warung.

Ambil puding di warung Makan Borneo, Perai.

Yang paling best, saya akan buat marketing kaw-kaw guna influencer yang besar. Tiap minggu ada sorang influencer macro yang akan promote.

Insyallah, akan membantu jualan.

Jadinya, sesiapa nak tambah barang jualan boleh DM terus sini.

Kena scamHarga biasa untuk puding kelapa Borneo macam dalam gambar ni adalah RM12 sebiji.Tapi dalam gambar ni ada yang R...
12/12/2025

Kena scam

Harga biasa untuk puding kelapa Borneo macam dalam gambar ni adalah RM12 sebiji.

Tapi dalam gambar ni ada yang Rm17 dan ada yang RM24. Mahal lagi dari yang biasa.

Begini, untuk pelanggan yang masih belum tau, saiz kelapa ni ada 3, sais A B dan C.

Untuk warung ni saiz kelapa bukan dalam kawalan. Minta yang saiz B pun kadang kena bagi semua A.

Untuk kelapa yang lebih dari RM12 ni bermaksud isi pudingnya juga banyak dari biasa. Bukan SCAM ya.

Untuk 500g / 500ml berharga RM17. Yang biasa 350ml berharga RM12. Kalau ikut kiraan per ml kiranya harga murah sikit dari biasa.

Jadi ikut lah awda mau mana satu ^^

Minggu ni minggu cutiBuat pelanggan yang dikasihi, minggu ini adalah minggu cuti warung sempena melayan ibu dan bapa yan...
03/12/2025

Minggu ni minggu cuti

Buat pelanggan yang dikasihi, minggu ini adalah minggu cuti warung sempena melayan ibu dan bapa yang melawat.

30/11/2025

GRS 29 - Warisan 25

Terus terus angkat sumpah

Sejarah mungkin berulang.Dalam bulan 11 dan 12 tahun 2024 merupakan waktu dimana puding kelapa Borneo laris.Laris sampai...
23/11/2025

Sejarah mungkin berulang
.

Dalam bulan 11 dan 12 tahun 2024 merupakan waktu dimana puding kelapa Borneo laris.

Laris sampai ramai yang tidak sempat rasa.

Waktu ni, memang semua makanan pun habis. Sampai kena buat berkali kali.

Tapi untuk menghasilkan puding kelapa ni amat mengambil masa, lagi-lagi waktu potong kelapa.

Boleh ambil masa 8 jam untuk 15-20 biji kelapa.

Waktu ni potong kelapa pun belum mahir, cara potong kelapa, pemilihan pisau dan parang yang sesuai, semua ni penting untuk menjimat masa.

Long story short, memang penat tangan sampaikan mau pulas throttle motorsikal pun boleh rasa sakit.

Dalam 3 hari cuma boleh menghasilkan 20 biji puding kelapa.

Berbeza dengan sekarang, sehari boleh menghasilkan 20 biji kelapa secara manual. Masa memotong pun lebih pendek, penat pun tidak lah seberapa.

Jadi untuk bulan puasa 2026, ni rancangan nya untuk mencari siapa siapa yang berminat untuk menjadi reseller di mana-mana bazaar ramadhan sekitar Pulau Pinang.

Siapa-siapa yang berminat boleh halo halo terus di komen ni ya.

Cinta mi rojak.Memang tiap kali makan mi rojak Sabah ni teringat waktu darjah darjah di Sk Pekan 2, Labuan.Dari darjah 1...
23/11/2025

Cinta mi rojak
.

Memang tiap kali makan mi rojak Sabah ni teringat waktu darjah darjah di Sk Pekan 2, Labuan.

Dari darjah 1 sampai darjah 4 memang bersekolah di Sk Pekan 2 sebelum bertukar ke Sk Kerupang juga di Labuan.

Waktu di Sk Pekan 2 antara menu Utama waktu Rehat adalah Soto dan mi rojak.

Tapi berbeza mi rojak pelajar dengan mi rojak guru. Mi rojak guru lebih banyak dan lebih meriah lebih nampak Istimewa.

Tau la kan, harga pun lebih tinggi.

Mungkin waktu tu saya makan Soto atau bekal dari rumah, tiba tiba mak datang sebelah makan mi rojak. Bai de wei, mak seorang cikgu. Automatik bila seorang cikgu akan makan mi rojak guru.

Mi rojak yang lebih Istimewa.

Tapi tidak tau lah, mak makan separuh saja, mungkin kenyang, lebihan dia bagi saya yang makan.

Memang senyum sampai telinga.

Gembira dapat makan mi rojak Istimewa. Mana mungkin seorang pelajar dapat makan mi rojak Istimewa.

Begitu lah fikiran naif waktu kecil kecil.

Ini jadi satu kenangan yang terpahat dalam ingatan. Sampai sekarang tiap kali makan mi rojak teringat waktu di kantin waktu rehat makan mi rojak Istimewa.

Terima kasih mak.

Produk terlarisKalau ikutkan data, sememangnya Puding Kelapa Borneo dan set ikan boulu adalah 2 produk teratas terjual d...
21/11/2025

Produk terlaris

Kalau ikutkan data, sememangnya Puding Kelapa Borneo dan set ikan boulu adalah 2 produk teratas terjual dengan banyak di warung ni.

Kenapa Puding ni jadi produk terlaris?

Puding ni ada 2 saiz. Dalam gambar pertama ni adalah puding kecil berharga RM5 manakala puding yang besar berharga RM12. Nanti boleh tengok gambar di ruang komen.

Yang habis dulu adalah puding besar, walaupun harganya lebih mahal, nampaknya pelanggan lebih s**a disebabkan bentuk yang cantik dan lebih estetik. Boleh dikatakan inilah gaya potongan macam dihotel hotel terkemuka, siap ada cop lagi.

Tapi tidak kurang yang kecil, ada yang memilih untuk makan berasingan dengan modal yang lebih rendah. Rasanya tetap sama. Bayang kan daripada beli 1 biji yang besar lebih baik beli 2 puding yang kecil. Tidak perlu berebut dengan anak.

Tapi kalau mau beli 1 yang besar dan 2 yang kecil boleh sja saya bagi rm20 kalau jarga asal RM22. Harga adik beradik kan.

Hehehe

Apa kesan kedai makan yanh tidak buat akaun untung rugi.1. Tidak perasan untung atau tidak untuk setiap bulan dan setiap...
21/11/2025

Apa kesan kedai makan yanh tidak buat akaun untung rugi.

1. Tidak perasan untung atau tidak untuk setiap bulan dan setiap tahun.

2. Buat keputusan dengan tekaan. Bila tiada data, tidak tahu mau panggil influencer atau iklan atau posting.

3. Tidak tau kos operasi yang sebenar. Main beli sja barang tapi tidak tau untung ka tidak.

4. Bila tiada data, tidak tau berjimat, tau tau duit habis.

5. Ni penting, tidak dapat buat pinjaman. Macammana mau buat pinjaman dengan tiada 'track record'

Selamat berniaga.

Nah ini yang bahaya LHDNBila apa-apa bines pun, walaupun incluencer sekurang-kurangnya kena lah buat akaun keluar masuk ...
21/11/2025

Nah ini yang bahaya LHDN

Bila apa-apa bines pun, walaupun incluencer sekurang-kurangnya kena lah buat akaun keluar masuk duit. Kalau tidak memang satu hari nanti kena oleh LHDN.

Bukan banyak kes begini, kadang tu sampai bankrupt ohh. Jangan bawa main.

Segera lah buat akun keluar masuk duit.

Kelapa kurang airDi warung kecil saya ni memang ada jual air kelapa. Sekarang saya jual Rm6 untuk 1 biji.Ada la satu Nep...
16/11/2025

Kelapa kurang air

Di warung kecil saya ni memang ada jual air kelapa. Sekarang saya jual Rm6 untuk 1 biji.

Ada la satu Nepal ni mau beli kelapa. Ini kelapa saiz A. Saiz besar.

Bila potong, tuang air dalam bekas, saya rasa hairan. Air nya separuh dari kebiasaan, sedangkan kelapa ni saiz besar.

Bila perhatikan, ada retak di dalam kelapa yang mana saya saja nampak. Nepal ni pun tidak tau retak.

Dalam hati terdetik juga, kalau tapau pun bukan dia tau. Setan menyerang kiri dan kanan. Menghasut itu dan ini.

Tapi ingatkan kesian pada orang yang membeli, saya potong kelapa lain.

Kadang kita boleh jak menipu, tapi kita tau keberkahan akan datang bila kita ni jujur. Rugi sikit tapi lebih berkah kemudian nya.


Address

Kepala Batas
13200

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 14:00
15:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 14:00
15:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 14:00
15:00 - 17:00
Friday 11:00 - 12:30
14:30 - 17:00
Saturday 11:00 - 14:00
15:00 - 17:00
Sunday 11:00 - 14:00
15:00 - 17:00

Telephone

+60137025179

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warung Makan Borneo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Warung Makan Borneo:

Share