31/12/2025
ππ¨π§π£ππ€ππ§ πππ«π’π€ππ§ππ§ ππ¨πππ§ ππ¨π«π¨π§π πππ¬ππ£ππ‘πππ«πππ§ ππππππ
Sektor perikanan Malaysia terus mencatat pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan hasil pelaksanaan strategi modenisasi dan peningkatan kecekapan pengeluaran di bawah inisiatif KPKM 2025. Penggunaan sistem penternakan pintar seperti Bioflok dan sangkar High Density Polyethylene (HDPE) telah menyumbang kepada peningkatan KDNK sehingga RM9.18 bilion setakat suku ketiga tahun 2025, dengan RM6.05 bilion daripada perikanan tangkapan dan RM3.14 bilion daripada subsektor akuakultur.
Pencapaian ini membuktikan keberkesanan transformasi teknologi dalam memperkukuh daya saing industri perikanan negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kekal komited dalam memacu transformasi sektor agromakanan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.