Produk BIHO termasuklah laksa, bihun, mi sanggul, mi segera, tepung beras, tepung jagung dan bawang goreng. Kepala Batas Bihun Sdn Bhd ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1949. Kami bermula secara kecil-kecilan sebagai bisnes keluarga, kemudian berkembang maju menjadi kilang terbesar pengeluar bihun dan laksa. Syarikat kami telah menempuhi beberapa generasi. Setiap generasi berpegang kepada prisip pengeluaran berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sehingga hari ini, kilang kami telah memasuki era teknologi bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar negara. Jenama BIHO memang jenama terkemuka buatan Malaysia dan disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia. BIHO adalah jenama yang utuh kukuh di hati rakyat Malaysia. Kini pelanggan boleh dapat produk kita di Shopee Malaysia!